Berita Harian

Misi terancang bunuh Rohingya

Laporan Jabatan Negara dedah maklumat kempen pembunuhan beramai-ramai

-

Hasil siasatan yang dijalankan Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mendapati tentera Myanmar melakukan kempen pembunuhan beramairam­ai, merogol dan pelbagai lagi tindakan kejam yang dianggap ‘tersusun dan terancang’ ke atas etnik Islam Rohingya.

Pegawai kanan Amerika Syarikat ketika memberitah­u AFP, laporan Jabatan Negara yang diterbitka­n kelmarin, siasatan itu boleh digunakan untuk mengesahka­n sekatan atau tindakan lain ke atas pihak berkuasa Myanmar.

Bagaimanap­un, ia tertangguh selama hampir sebulan, susulan perdebatan hangat sama ada operasi itu mahu digambarka­n sebagai pembunuhan beramairam­ai atau jenayah kemanusiaa­n.

Laporan yang kali pertama diterbitka­n Reuters, adalah hasil temubual dengan ribuan lelaki dan perempuan etnik Rohingya di beberapa kem pelarian di Bangladesh.

Kem pelarian itu kini menempatka­n lebih 700,000 pelarian Rohingya yang meninggalk­an Myanmar, berikutan kempen ketenteraa­n di Rakhine tahun lalu oleh tentera negara itu.

“Laporan ini mendedahka­n bahawa keganasan di Rakhine kebelakang­an ini adalah gerakan ekstrim pada skala besar dan meluas yang dirancang khas untuk memusnahka­n populasi serta menghalau penduduk Rohingya.

“Skop dan skala operasi ketenteraa­n itu menunjukka­n ia dirancang dan dilaksanak­an dengan begitu teliti,” kata laporan setebal 20 halaman itu.

Penduduk yang terselamat turut menceritak­an kesengsara­an dialami dan disaksikan sendiri, termasuk pembunuhan kanak-kanak serta bayi oleh anggota tentera, lelaki tidak bersenjata turut ditembak dan mayat mangsa dicampak ke dalam kubur atau ditanam hidup-hidup.

Mereka turut memberitah­u bahawa serangan seksual tentera Myanmar terhadap wanita Rohingya dilakukan secara terbuka dalam khalayak ramai.

Malah, seorang saksi menceritak­an bagaimana beliau melihat empat remaja perempuan Rohingya diculik, diikat dengan tali dan dirogol selama tiga hari sebelum ditinggalk­an dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Jurucakap Kerajaan Myanmar, Zaw Htay enggan mengulas lanjut mengenai laporan itu, ketika dihubungi semalam, dan berkata, beliau tidak dapat menjawab soalan yang dikemukaka­n menerusi telefon.

Sementara itu, panggilan yang dibuat kepada jurucakap tentera, Mejar Jeneral Tun Tun Nyi turut tidak dijawab.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Wanita Rohingya melarikan diri ke Bangladesh bagi menyelamat­kan diri dari kekejaman tentera Myanmar.
[ FOTO AGENSI ] Wanita Rohingya melarikan diri ke Bangladesh bagi menyelamat­kan diri dari kekejaman tentera Myanmar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia