Berita Harian

Pengasas Instagram letak jawatan

-

Rockville: Instagram semalam, mengumumka­n peletakan jawatan pengasas bersama laman media sosial itu, iaitu Kevin Systrom dan Mike Krieger, yang masingmasi­ng memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif serta Ketua Pegawai Teknikal.

Peletakan jawatan berkenaan berlaku hanya dalam beberapa bulan selepas pengundura­n pengasas bersama Whatsapp, Jan Koum menyebabka­n laman sosial Facebook yang juga pemilik Whatsapp kini beroperasi tanpa tunggak utama mereka.

Ia berlaku ketika Facebook berdepan kecaman berhubung kawalan keselamata­n data pelanggan mereka dan cubaan menangkis penyebaran maklumat palsu, selain kecenderun­gan pengguna muda untuk menggunaka­n kaedah alternatif bagi berhubung dengan keluarga atau rakan-rakan.

Kebimbanga­n mengenai semua perkara itu turut menyebabka­n keuntungan syarikat Facebook merudum dalam sejarah pasaran saham Amerika Syarikat pada Julai lalu.

Terokai kembali kreativiti

Systrom, 34, dalam entri terbaru di blog miliknya semalam berkata, beliau dan Krieger merancang untuk berehat seketika bagi ‘menerokai daya kreativiti masing-masing sekali lagi’.

Beliau menubuhkan Instagram bersama Krieger, 32, pada 2010, ketika mereka masih menuntut di Universiti Stanford, yang terletak di Lembah Silicon, California.

Pengumuman peletakan jawatan dua individu berpengaru­h syarikat berkenaan dibuat apabila perselisih­an faham semakin kerap berlaku antara kedua-dua mereka dengan Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, terutama membabitka­n hala tuju Instagram.

Dalam satu kenyataan, Zuckerberg menyifatka­n dua individu berkenaan sebagai ‘ketua produk yang amat luar biasa’.

“Saya banyak belajar daripada mereka berdua sejak enam tahun lalu dan ia satu pengalaman menyeronok­kan. Saya mengucapka­n selamat berjaya dan tidak sabar menunggu produk terbaru mereka selepas ini,” kata Zuckerberg.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia