Berita Harian

Catat rekod di PBB

Kumpulan K-pop gesa generasi muda bantu kempen UNICEF

-

Ketika pemimpin dunia tiba di New York bagi menghadiri perhimpuna­n tahunan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), kumpulan muzik terkenal Korea Selatan, BTS mengambil kesempatan menggesa golongan muda untuk menyertai usaha membasmi diskrimina­si dan kemiskinan di peringkat global.

Pemilihan kumpulan yang dianggotai tujuh anak muda, yang menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia itu, dibuat selepas muncul sebagai kumpulan K-pop pertama menduduki carta album Billboard 200.

Ketika berucap di PBB, mereka merayu penyertaan generasi muda dalam menentukan masa depan dunia.

Tiga tahun lalu, semua 193 negara anggota PBB bersetuju menggarisk­an 17 misi global dalam membasmi kemiskinan, diskrimina­si dan beberapa isu antarabang­sa lain menjelang 2030.

Susulan itu, pihak terbabit berulang kali menekankan kepentinga­n pembabitan generasi muda, selaras dengan ramalan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) bahawa populasi golongan remaja dan belia di seluruh dunia bakal mencecah 2 bilion menjelang 2030.

Ketua kumpulan BTS, Kim Namjoon atau RM, sebagai wakil kumpulan itu membantu melancarka­n kempen UNICEF dikenali sebagai ‘Generation Unlimited’.

Ia menggarisk­an beberapa isu yang dihadapi generasi muda di seluruh dunia dan keperluan untuk mengambil tindakan segera.

“Saya mahu mendengar suara anda. Saya mahu mendengar kisah anda. Luahkan suara anda kepada dunia, tidak kira negara, warna kulit atau identiti, bersuarala­h,” kata Namjoon, 24, dalam ucapan yang kemudian tular di media sosial.

BTS, ditubuhkan lima tahun lalu menguasai senarai Selebiriti Paling Berpengaru­h Forbes Korea Selatan 2018 dan juga kumpulan K-pop pertama dipilih untuk berucap pada perhimpuna­n tahunan PBB.

 ?? [FOTO AFP] ?? BTS ketika berucap pada mesyuarat PBB mengenai isu belia di New York, semalam.
[FOTO AFP] BTS ketika berucap pada mesyuarat PBB mengenai isu belia di New York, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia