Berita Harian

Pemain AS teruja rampas kejuaraan

-

Saint-quentin-en-yvelines (Perancis): Pemain golf Amerika Syarikat (AS) teruja untuk memenangi Piala Ryder di bumi Eropah buat kali pertama selepas gagal melakukann­ya selama 25 tahun.

Namun pasukan Eropah juga mahu merampas trofi itu semula sekali gus memenangin­ya buat kali ketujuh daripada sembilan percubaan.

Buat kali pertama, semua 10 pemain terbaik dunia akan bersaing pada kejohanan berprestij itu bermula Jumaat ini di lapangan Le Golf National dengan AS membariska­n 12 pemain termasuk 11 daripadany­a berada dalam ranking 17 terbaik dunia dalam usaha mereka menamatkan kemarau kemenangan di Eropah.

“Kami sering diingatkan mengenainy­a. Adakah ia memberi motivasi tambahan? Saya tidak pasti sama ada mereka memerlukan motivasi tambahan,” kata kapten AS, Jim Furyk.

Sukar menang di Eropah

Tiger Woods, pemenang 14 kejuaraan utama yang menamatkan kemarau kejuaraan selama lima tahun Ahad lalu, pernah memenangi piala itu hanya sekali daripada tujuh percubaan sekali gus tidak pernah memenangin­ya di Eropah.

Phil Mickelson juga gagal melakukann­ya sejak kali terakhir AS memenangin­ya di Eropah pada 1993 di The Belfry, England.

“Itu adalah antara yang kurang dalam karier pemain. Kami semua faham betapa sukarnya untuk menang di Eropah.

“Inilah cabaran yang akan kami hadapi minggu ini,” kata Furyk.

Kapten Eropah, Thomas Bjorn diperkuatk­an dengan pemain nombor satu dunia, Justin Rose yang baru saja memenangi saingan playoff Jelajah PGA AS dan sebahagian daripada skuadnya tiba dari Amerika awal pagi kelmarin. Begitu juga skuad AS.

“Satu perkara yang saya pelajari daripada Piala Ryder adalah tidak kira betapa letih rasanya, anda akan tetap cuba mempamerka­n aksi terbaik.

“Segalagala­nya berkaitan dengan apa yang anda lakukan sebagai satu pasukan dan ia juga untuk membawa kembali trofi itu ke Eropah. Cabaran di Piala Ryder amat berbeza berbanding siri jelajah biasa,” kata Bjorn.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Woods ketika sesi latihan menjelang Piala Ryder Ke-42.
[ FOTO AFP ] Woods ketika sesi latihan menjelang Piala Ryder Ke-42.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia