Berita Harian

Emery perlu masa lonjak Arsenal

-

London: Unai Emery menegaskan beliau memerlukan masa sekalipun Arsenal menampilka­n peningkata­n mendadak sejak kehadirann­ya di Emirates.

Pengendali dari Sepanyol itu menggantik­an Arsene Wenger pada musim panas lalu dan sasarannya adalah mengubah secara drastik corak permainan yang ditampilka­n kelab London itu sebelum ini.

Selepas kekalahan kepada Chelsea di Stamford Bridge, kelab dengan julukan Gunners itu memenangi lima perlawanan berturuttu­rut dan mendaki ke tangga keenam liga tetapi Emery tetap mengambil pendekatan berhatihat­i.

“Saya amat gembira dengan pemain, sejak hari pertama pramusim mereka menunjukka­n kepada kami yang mereka memutuskan untuk melakukan yang terbaik setiap hari.

“Saya fikir kami semakin berkembang, bertambah baik setiap hari. Saya amat gembira, kami memerlukan masa, kemenangan adalah penting untuk perkara ini. Kami dalam perjalanan,” kata Emery.

Ujian unik

Emery yang sebelum ini melatih kelab gergasi Perancis, Paris Saintgerma­in dan Valencia dalam kempen La Liga Sepanyol percaya Liga Perdana Inggeris menawarkan ujian unik.

“Ia amat sukar, ada pasukan yang hebat di sini, setiap perlawanan, sebelum ini menentang Everton, pasukan dan pemain yang amat baik. Banyak pasukan terbaik dunia ada di sini,” katanya.

Selepas melayan kunjugan Brentford dalam kempen Piala Liga awal pagi esok waktu Malaysia, Arsenal dijadual bertemu Watford dalam saingan Liga Perdana, Sabtu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia