Berita Harian

Super KIP harap kutip mata di Asia

- Oleh Sukhairi Thani

Kuala Lumpur: Khairul Idham Pawi berharap kalendar Kejuaraan Motosikal Dunia yang dijadual memasuki pentas Asia selepas ini mampu menjadi medan menambah kutipan mata sekali gus mendaki posisi keseluruha­n yang lebih baik.

Litar Antarabang­sa Chang di Buriram, Thailand akan menjadi destinasi pertama untuk pusingan pertama di rantau Asia 7 Oktober ini sebelum ke Jepun yang juga laman sendiri buat pasukan disertainy­a, IDEMITSU Honda Team Asia.

“Selepas ini kami akan memasuki pusingan di Asia,” kata Khairul Idham yang menamatkan perlumbaan Moto2 di Grand Prix (GP) Aragon di tangga ke-27 selepas bermula dari petak ke-22.

Laman sendiri

“Ia laman kami sendiri. Jadi kami perlu terus berusaha lebih gigih berbanding kebiasaan.”

Pada saingan yang berlangsun­g di Litar Motorland Aragon itu, Khairul Idham atau dikenali sebagai Superkip melengkapk­an 21 pusingan perlumbaan dengan catatan 40 minit 52.922 saat, keputusan yang lebih baik berbanding musim pertamanya tahun lalu apabila gagal menamatkan saingan.

“Pada pusingan pembukaan, seorang pelumba terjatuh di depan saya dan saya perlu mengelakny­a. Jadi ia salah satu punca saya kehilangan banyak posisi.

“Pada Sabtu, saya mempunyai kelajuan tetapi ia agak sukar untuk mengekalka­n rentak pada hari perlumbaan kerana kami tidak menemui peningkata­n pada sesi pemanas badan sekali gus sukar untuk mengekalka­n kelajuan,” katanya.

Selepas 14 pusingan, Khairul Idham yang bakal menyertai pasukan PETRONAS Sepang Racing musim depan sudah mengutip satu mata untuk berada di tangga ke-27 keseluruha­n ketika ini.

 ??  ?? Khairul Idham Pawi
Khairul Idham Pawi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia