Berita Harian

Hamidin, Kim Swee turut simpati

- Oleh Firdaus Hashim

Petaling Jaya: Perkhabara­n tentang kesihatan, Datuk Lee Chong Wei yang disahkan mengalami barah hidung turut mendapat simpati daripada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Apabila dapat tahu mengenai Datuk Lee Chong Wei, saya terus menghubung­i Presiden BAM, Datuk Norza dan menyatakan rasa (sedih) terhadap berita itu. Kita tahu Chong Wei adalah legenda negara.

Banyak jasa

“Dia sudah menyumbang­kan banyak jasa kepada negara. Kalau kita tahu macam mana cara latihannya dari awal mula dia naik, banyak pengorbana­n dari segi masa dan usianya untuk jadi pemain terbaik dunia.

“Saya berharap rakyat Malaysia juga mendoakan agar Chong Wei cepat sembuh,” katanya ketika ditemui pada Seminar Pembanguna­n Bola Sepak Belia bertajuk `Trend Moden Dalam Pembanguna­n Belia’ anjuran Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), di sini, semalam.

Sabtu lalu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahka­n Chong Wei, 36, didapati menghidap barah hidung, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kesakitan dialami jaguh perseorang­an itu.

Perkembang­an Chong Wei juga turut menarik perhatian ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee yang mahu semua pihak mendoakan kesihatan ikon badminton Malaysia itu.

“Apa yang mustahak, semua pihak perlu menghormat­i privasinya dan berharap dia dapat sembuh. Kesihatan harus diutamakan dan dalam masa sama saya harap Chong Wei kembali sembuh ,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia