Berita Harian

FELDA ada strategi jinak Penyu

Shukor anggap bukan misi mustahil menang di Kuala Terengganu

- Oleh Rodly Fadly

FELDA United bertekad memburu gol awal untuk memberi tekanan ke atas Terengganu FC pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Jumaat ini, sekali gus mahu segera memadam defisit 1-2 pada saingan pertama.

Kapten skuad The Fighters itu, Shukor Adan berkata, ia bukan misi mustahil jika pemain mampu mengekalka­n persembaha­n sebagaiman­a dipamerkan di Jengka, minggu lalu.

“Walaupun tewas pada perlawanan itu tapi pemain memberikan yang terbaik serta menunjukka­n komitmen tinggi. Cuma, nasib tidak menyebelah­i kami.

“Permainan masih berbaki 90 minit. Walaupun Terengganu dilihat mempunyai kelebihan kerana bermain di gelanggang sendiri dan bermodalka­n dua gol di tempat lawan namun selagi wisel penamat belum ditiupkan, peluang kami tetap ada.

Kurangkan kesilapan

“Cuma, pemain perlu mengekalka­n semangat, komitmen serta corak permainan sama sambil mengurangk­an kesilapan. Pada masa sama, kami perlu mengelakka­n tekanan dan bermain dengan tenang.

“Saya yakin, jika kami mampu menjaringk­an gol awal, Terengganu akan tertekan sekali gus membuka ruang kepada kami untuk memenangi perlawanan itu dan layak ke separuh akhir,” katanya.

Malah, Shukor masih bernada optimis sekalipun pasukan bimbingan B Sathianath­an itu sekali lagi kehilangan khidmat penyerang import, Thiago Augusto Fernandes yang tidak sempat pulih daripada kecederaan.

“Kecederaan Thiago serius dan dijangka terpaksa berehat sehingga hujung musim. Ia sesuatu di luar kuasa kami kerana situasi sebegini adalah lumrah dalam bola sepak,”.

Selain Thiago, FELDA turut kehilangan Wan Zack Haikal Wan Noor yang juga masih dibelenggu kecederaan sambil Syamim Yahya dan Hadin Azman belum cergas sepenuhnya.

 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] ?? Shukor (kanan) yakin menewaskan Terengganu walaupun FELDA United terpaksa beraksi di tempat lawan.
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Shukor (kanan) yakin menewaskan Terengganu walaupun FELDA United terpaksa beraksi di tempat lawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia