Berita Harian

Faridzuan tak sabar singkir Sabah

- Oleh Attirmidzi­e Rahman

Kota Bharu: Kemenangan tipis Kelantan ke atas Sabah pada suku akhir pertama Piala Malaysia, Sabtu lalu melonjakka­n semangat penjaga gol, Mohamad Faridzuan Kamaruddin berdepan pasukan sama Sabtu ini.

Meskipun mengakui kemenangan 2-1 belum selesa buat pasukannya bertandang ke Stadium Likas bagi aksi suku akhir kedua nanti, dia tetap percaya rakan seperjuang­annya mampu memberi tentangan hebat.

“Walaupun pasukan menang dalam aksi suku akhir pertama tetapi secara peribadi saya sendiri belum puas hati dan berharap pasukan mampu beri yang lebih baik untuk aksi timbal balik nanti.

Motivasika­n diri

“Berikutan Sabah juga berjaya mempunyai jaringan dalam perlawanan itu, sebagai penjaga gol saya mahu lebih memotivasi­kan diri selepas ini dan memberi sepenuh tumpuan pada sesi latihan sebagai persediaan sebelum berangkat ke sana.

“Selain itu saya juga memerlukan bantuan kerjasama dari rakan pemain bagi menyekat pergerakan lawan untuk mengelak mereka berlegar-legar di sekitar bahagian kotak gol,” katanya semalam.

Dalam perlawanan pertama, Faridzuan mengalami sedikit kecederaan di bahagian lutut kiri. Bagaimanap­un ia tidak mematahkan semangat pemain berusia 23 tahun itu beraksi pada perlawanan seterusnya nanti.

Mengulas mengenainy­a, beliau berkata dia kini semakin pulih selepas menjalani rawatan susulan dan sudah memulakan latihan pasukan seperti biasa.

“Alhamdulil­lah mengenai kecederaan itu ia semakin baik sejak kelmarin dan Insya-allah saya bersedia untuk perlawanan Sabtu nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia