Berita Harian

Harimau Muda laung kebangkita­n

-

Kuala Lumpur: Tiada istilah mengalah sebelum berjuang dalam kamus pemain negara biarpun ada pihak tidak meletakkan harapan tinggi untuk mereka menang ke atas Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil, petang ini.

Malaysia akan bertemu skuad Negara Matahari Terbit itu ada aksi terakhir Kumpulan A Kejohanan Bawah 16 (B-16) Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2018.

Sebaliknya, anak didik Lim Teong Kim itu tidak langsung menunjukka­n rasa gerun untuk berdepan skuad kendalian Yoshiro Moriyama walaupun sedar hanya kemenangan mampu membawa mereka ke suku akhir.

Pemain sayap kebangsaan, Muhamad Alif Mutalib menganggap Jepun adalah setaraf dengan Malaysia dan tiada yang istimewa dimiliki skuad yang digelar Samurai Biru itu.

“Jepun sama naik dengan kami dan saya rasa kami boleh menang. Melihat kepada corak permainan mereka pun, kami tiada masalah untuk menang.

“Apa yang penting kami perlu bangkit dan melupakan kekalahan kepada Thailand. Ketiadaan Luqman mungkin menjejaska­n sedikit jentera serangan, tapi kami masih ada pemain lain yang setaraf dia,” katanya di sini, semalam.

Malaysia merekodkan satu kemenangan dan satu kekalahan dalam dua aksi peringkat dan berkongsi tiga mata bersama Thailand yang dijangka berdepan laluan lebih mudah apabila menentang Tajikistan.

Fokus 100 peratus

Bagi penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, dia dan rakan sepasukan akan membuktika­n betapa mereka boleh melakar kejutan ke atas Jepun yang memegang status pasukan pilihan dalam kejohanan.

Dia yang tidak beraksi ketika berdepan Thailand kerana digantung satu perlawanan turut mengingatk­an barisan pertahanan yang diketuai kapten, Hariz Mansor tidak mengulangi beberapa kesilapan mudah.

“Kami akan beraksi bersungguh-sungguh demi Malaysia. Saya turun ke gelanggang bukan untuk man-main dan akan memberikan fokus 100 peratus,” katanya.

Sementara itu, penyerang Muhammad Najmudin Akmal pula menjelaska­n tiada yang mustahil untuk menewaskan Jepun sekiranya semua pemain mempamerka­n aksi terbaik seperti yang direncanak­an jurulatih.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Presidenny­a, Datuk Hamidin Mohd Amin yakin skuad kebangsaan mampu mengejutka­n Jepun petang ini.

“Saya kira pasukan kita kalau bermain dengan semangat satu pasukan dan mempunyai jati diri, kita boleh kalahkan Jepun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia