Berita Harian

Jepun hanya perlu seri untuk mara

-

Kuala Lumpur: Pasukan Jepun hanya memerlukan keputusan seri pada pertemuan dengan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini untuk mengesahka­n tempat ke suku akhir.

Jurulatihn­ya, Yoshiro Moriyama bagaimanap­un menegaskan satu mata masih belum cukup buat mereka mencapai matlamat mara selaku juara Kumpulan A Kejohanan Bawah 16 (B-1) Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) itu.

Justeru, beliau dilihat tidak akan bermain secara bertahan pada aksi peringkat kumpulan itu dengan Malaysia membawa misi wajib menang selepas kecundang kepada Thailand pada Ahad lalu.

“Untuk layak ke peringkat seterusnya sebagai juara kumpulan, kami perlu menewaskan Malaysia dan saya fikir kami boleh menundukka­n mereka.

“Tapi harus diingat, Malaysia juga berada pada situasi sama (perlukan kemenangan). Jadi saya pasti ia akan menjadi satu perlawanan yang sengit.

“Mereka pasti ada sedikit kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dan mendapat sokongan penonton, tapi ia bukan alasan untuk kami tidak mampu mempamerka­n aksi terbaik,” katanya.

Akui kegagalan

Jepun melepaskan peluang terbaik untuk sekurangku­rangnya selangkah ke suku akhir apabila sekadar terikat tanpa jaringan ketika berdepan pasukan tangga tercorot kumpulan, Tajikistan pada Ahad lalu.

Moriyama ketika sidang media selepas perlawanan itu mengakui kegagalan pemainnya menyudahka­n beberapa peluang terhidang menjadi punca mereka gagal menundukka­n Tajikistan.

Sehubungan itu, beliau berkata ketajaman penyudah perlu diperbaiki jentera seranganny­a apabila berdepan Malaysia jika tidak mahu tersingkir awal daripada kejohanan.

“Kami hanya perlu menjaringk­an gol. Itu saja perkara yang perlu dilakukan untuk menang. Jadi segala peluang terhidang tidak boleh disiasiaka­n seperti yang berlaku ketika berdepan Tajikistan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia