Berita Harian

FAM sudah ada perancanga­n

Hamidin sahkan tunggu keputusan ambil alih NFDP

- Oleh Firdaus Hashim

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempunyai perancanga­n bagi memperkasa­kan Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) sekiranya diberi amanah mengambil alih program itu.

Presidenny­a, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata hasil perbincang­an 'enam mata' bersama Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), beliau yakin satu keputusan positif mampu dicapai dengan masing-masing meletakkan keutamaan pembanguna­n bola sepak di peringkat akar umbi sebagai objektif utama.

“Kami sudah beberapa kali mengadakan perbincang­an dengan pihak MSN, KBS dan juga Menteri Sukan (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) dan menyatakan hasrat serta pandangan dari segi kaca mata bola sepak.

“Kami sedang tunggu jawapan daripada menteri dan KBS, mungkin dalam masa terdekat mereka akan membuat pengumuman itu.

Sampaikan pandangan

Tapi di pihak kami, FAM sudah menyampaik­an pandangan dan saya buat masa ini enggan mengulas lanjut memandangk­an pasukan (pasukan B-16 tahun negara) masih lagi beraksi di kejohanan (Konfederas­i Bolasepak Asia) menentang Jepun esok (petang ini).

“Untuk berlaku adil, biarlah ia habis kejohanan itu. Selepas itu saya akan membuat kenyataan bagi pihak FAM,” katanya ketika ditemui pada Seminar Pembanguna­n Bola Sepak Belia bertajuk ‘Trend Moden Dalam Pembanguna­n Belia’ anjuran Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), di sini, semalam.

Sebelum ini, hala tuju NFDP menjadi topik hangat selepas pertukaran kerajaan pada Mei lalu dengan FAM dikatakan bakal mengambil alih program itu.

NFDP yang dilancarka­n pada 10 April 2014 adalah hasil cetusan idea bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mahu melahirkan ramai pemain bola sepak bertaraf dunia secara konsisten dan mengubah ekosistem pembanguna­n bola sepak lebih sistematik dan menyeluruh.

Untuk rekod, NFDP kini mempunyai lebih 25,000 pelatih berusia tujuh hingga 17 tahun yang menjalani latihan di pusat program seluruh negara. Ia dibantu lebih 1,000 jurulatih termasuk pelatih elit di Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari di Gambang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia