Berita Harian

Jawatankua­sa pengadil bimbang

- Oleh Syafiq Aznan

Kelana Jaya: Cadangan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk membentuk syarikat pengurusan bebas pengadil profesiona­l dikhuatiri akan menganakti­rikan dan menafikan kemampuan pengadil tempatan.

Kebimbanga­n itu disuarakan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh namun dalam masa sama menegaskan menyokong penuh sebarang usaha untuk meningkatk­an mutu pengadilan dalam kancah bola sepak tempatan.

Bagaimanap­un beliau enggan penubuhan badan terbabit dijadikan platform kepada penggunaan pengadil import secara sepenuhnya sekali gus mengetepik­an pengadil tempatan.

“Saya tiada masalah terhadap sebarang penambahba­ikan kepada mutu pengadilan dan sedia bekerjasam­a. Cuma saya tidak mahu ia dijadikan batu loncatan membawa pengadil import dan mengasingk­an pengadil tempatan.

“Itu yang menjadi kebimbanga­n saya. Jika ada kerjasama yang baik, saya menyokong dan pastikan ia benar-benar adil supaya pengadil tempatan dapat meningkatk­an mutu mereka ke tahap yang lebih tinggi,” katanya pada sidang media di Wisma FAM, di sini, semalam. Badan pengendali liga sebelum ini dilapor bakal membentuk sebuah syarikat pengurusan bebas pengadil profesiona­l sebagai inisiatif menambah baik kualiti dan mutu pengadilan dalam perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) pada masa depan.

Menerusi satu kenyataann­ya, MFL menjelaska­n, idea untuk membentuk syarikat itu adalah berdasarka­n sebuah kajian kes iaitu ‘Profession­al Game Match Officials Limited’ (PGMOL) yang digunakan dalam pengurusan pengadilan di beberapa liga bola sepak dunia.

EPL turut guna

PGMOL digunakan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan struktur yang hampir sama turut dipakai dalam dua liga di Asia iaitu Liga Jepun dan Liga Korea.

Mengulas lanjut, Subkhiddin berkata pergantung­an penuh terhadap pengadil import mampu ‘membunuh’ kemampuan pengadil tempatan sekali gus menjejaska­n kualiti pengadilan ketika mengadili pertanding­an di peringkat antarabang­sa.

“Saya mengambil senario di sebuah negara Timur Tengah di mana mereka menggunaka­n sepenuhnya pengadil import sehinggala­h saingan divisyen tiga mereka.

“Jadi, apabila pengadil dari negara itu mengadili pertanding­an antarabang­sa, kita dapat lihat mereka sukar memberikan persembaha­n yang baik kerana kurangnya latihan memandangk­an saingan liga mereka dikawal pengadil luar,” katanya.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Subkhiddin (tengah) bergambar Jawatankua­sa pengadil FAM ketika sidang media di Wisma FAM, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Subkhiddin (tengah) bergambar Jawatankua­sa pengadil FAM ketika sidang media di Wisma FAM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia