Berita Harian

Penyangak ikan tukar cat kapal

Nelayan Vietnam, Thailand guna pukat tunda gading kaut hasil negara

- Oleh Kandau Sidi

Kibar Jalur Gemilang, selain penggunaan cat baharu dan nombor pendaftara­n yang seakan-akan menyamai bot nelayan tempatan antara taktik penyangak ikan, terutama dari Vietnam serta Thailand yang dikesan menceroboh perairan negeri ini untuk menangkap ikan secara haram.

Lebih membimbang­kan apabila kumpulan nelayan asing yang angkuh itu dikesan mula menceroboh Zon Perikanan Eksklusif, termasuk menggunaka­n pukat tunda gading yang membolehka­n mereka mengaut puluhan tan ikan dan hasil laut.

Namun, apa yang dikhuatirk­an kaedah itu boleh menjejaska­n sumber maritim, termasuk batu karang yang kebiasaann­ya menjadi lokasi pembiakan hidupan laut.

Tekong nelayan tempatan berusia 60 tahun yang enggan mendedahka­n namanya berkata, nelayan asing yang menangkap ikan secara haram di Perairan Sarawak sanggup menggunaka­n pelbagai kaedah tanpa memikirkan kemudarata­n terhadap khazanah laut.

Beliau berkata, mereka turut menggunaka­n bahan kimia khas untuk menangkap ikan supaya lebih mudah, termasuk kaedah yang diharamkan di negeri ini.

“Nelayan asing sentiasa dibawa pulang dengan hasil tangkapan ikan yang banyak setiap kali turun ke laut,” katanya kepada NSTP.

Pelbagai taktik

Beliau yang pernah menjadi tekong kepada awak-awak nelayan asing berkata, anak kapalnya sentiasa mempunyai idea yang banyak untuk menangkap ikan.

“Pelbagai taktik digunakan, termasuk mengebom ikan. Namun, sekarang mereka sudah takut menggunaka­n taktik mengebom ikan kerana bimbang perbuatan dikesan pihak berkuasa.

“Mereka ubah taktik dengan menggunaka­n kaedah tunda ganding. Mereka juga memiliki peralatan khas mengesan kehadiran kapal penguat kuasa,” katanya.

Pemancing yang pernah terserempa­k dengan nelayan itu di kawasan perairan Bronia, Jali Seman, 56, berkata, agak mudah untuk mengesan kehadiran bot nelayan kerana mereka tidak takut dengan kehadiran anggota penguat kuasa.

Beliau berkata, nelayan asing yang menangkap ikan menggunaka­n lesen yang dikeluarka­n pihak berkuasa di negeri ini tidak takut dengan kehadiran bot pancing.

Malah, katanya, kumpulan itu akan meneruskan aktiviti haram itu tanpa mempedulik­an kehadiran bot pemancing.

“Ada kapal nelayan asing yang menangkap ikan secara haram itu pernah ditangkap beberapa kali oleh pihak penguat kuasa.

“Mereka kembali melakukan aktiviti yang sama apabila sudah membayar kompaun yang dikenakan. Seolah-olah mereka tidak pernah serik mengulangi perbuatan itu,” katanya.

 ??  ?? Sumber ikan nelayan tempatan terjejas akibat aktiviti haram menangkap ikan di perairan utara Sarawak.
Sumber ikan nelayan tempatan terjejas akibat aktiviti haram menangkap ikan di perairan utara Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia