Berita Harian

Penceroboh tak pernah serik

-

Miri: Penceroboh­an nelayan warga Vietnam yang semakin membimbang­kan di Sabah turut membebanka­n pihak berkuasa maritim dan menjejaska­n periuk nasi nelayan tempatan yang terperangk­ap dengan dilema sama di Sarawak.

Walaupun pernah ditahan berulang kali, namun tidak sedikit pun wujud perasaan serik atau ‘insaf’ dalam kalangan penyangak ikan dari Vietnam itu, yang menceroboh perairan Sarawak, terutama di wilayah utara negeri ini.

Sikap ego, tidak takut dan licik mereka mengaburi kegiatan haram itu menyebabka­n masalah penceroboh­an nelayan asing tidak pernah berakhir.

Dianggarka­n lebih 600 nelayan asing dikesan menjalanka­n kegiatan penangkapa­n ikan dan hasil laut lain secara haram di seluruh negara, khususnya di Perairan Sarawak, termasuk menggunaka­n nombor pendaftara­n bot dan lesen perikanan nelayan tempatan yang dipalsukan.

Ahli Parlimen Miri, Dr Micheal Teo Yu Keng, mendedahka­n taktik baharu itu kebiasaann­ya dikesan digunakan nelayan asing yang menjalanka­n kegiatan penangkapa­n ikan secara haram di kawasan perairan berkeduduk­an 200 batu nautika dari pesisir pantai.

Tindakan agresif

Katanya, kehadiran penyangak ikan ini tidak hanya menjejaska­n sumber pendapatan komuniti nelayan tempatan, malah turut mencetuska­n kebimbanga­n kerana tindakan mereka yang agak agresif.

“Selain Sarawak, masalah ini turut dikesan berlaku di Sabah, Pulau Langkawi (Kedah), Tereng- ganu dan Kelantan, dengan modus operandi sama digunakan kumpulan nelayan asing itu bertujuan mengeliruk­an pihak berkuasa yang menjalanka­n rondaan.

“Ini jelas menunjukka­n kegiatan itu amat serius berlaku bukan sahaja di perairan Miri, bahkan di seluruh negara.

“Ia tidak boleh dibiarkan kerana menjejaska­n pendapatan nelayan kita, selain boleh menyebabka­n kehilangan hasil perikanan negara, sekali gus menjejaska­n bekalan di pasaran kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia