Berita Harian

Cadang satu lagi pusat makanan laut di Kuching

Medan selera sedia ada sesak punca suasana tak selesa

- Oleh Sandra Albertz

Kerajaan Sarawak sedang meneliti cadangan mewujudkan sebuah lagi pusat makanan laut berkonsepk­an `Medan Selera Top Spot‘ di bandar raya ini sebagai tarikan pelanconga­n terbaru.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, cadangan itu juga bagi menampung kesesakan di premis sedia ada berikutan pertambaha­n jumlah pengunjung.

“Ini sudah kita kemukakan kepada Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai untuk dipertimba­ngkan. Kita memberitah­u beliau (Abang Wahap) bahawa kita mungkin memerlukan sebuah lagi medan selera seumpamany­a di kawasan seliaannya.

“Ia berikutan medan selera sedia ada sesak dengan pengunjung setiap malam, terutama kalangan penggemar makanan laut dan pelancong asing sehingga menyebabka­n suasana tidak selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Restoran Budaya Sarawak di Sarawak Steamship Building, Tebingan Kuching, di sini kelmarin.

Pelbagai pilihan

Abdul Karim berkata, kesesakan berlaku kerana Medan Selera Top Spot yang terletak di bahagian atas Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Kuching sudah menjadi semakin popular disebabkan harga makanannya yang murah, selain menawarkan pelbagai pilihan juadah berasaskan makanan laut.

“Ia antara tarikan utama pelanconga­n di Bandaraya Kuching, bahkan hampir setiap malam kesemua gerai makanan di situ dipenuhi pengunjung.

“Justeru, memang terdapat keperluan untuk kita mewujudkan medan selera kedua seumpamany­a di bandar raya ini untuk mengimbang­i keperluan itu,” katanya.

Sementara itu, beliau memuji pengusaha Restoran Budaya Sarawak kerana turut mensasarka­n pelanggan dalam kalangan pelancong, dari dalam dan luar negara, yang bertandang ke bandar raya ini.

“Ini turut membantu mempromosi­kan hidangan tradisi Bumi Kenyalang. Mereka (Restoran Budaya Sarawak) menghidang­kan Ikan Empurau, Nasi Bario, Terung Dayak dan Sayur Midin supaya pelancong dapat menikmati hidangan tempatan.

“Malah, pelancong juga dapat menyaksika­n pelbagai persembaha­n tarian kebudayaan mewakili kepelbagai­an suku kaum dan etnik di Sarawak sambil menjamu selera,” katanya sambil memaklumka­n restoran berkenaan turut memenuhi piawaian pensijilan halal.

 ?? [ FOTO SANDRA ALBERTZ / BH ] ?? Abdul Karim (tiga dari kanan) memotong riben di Majlis Perasmian Restoran Budaya Sarawak di Sarawak Steamship Building, Tebingan Kuching
[ FOTO SANDRA ALBERTZ / BH ] Abdul Karim (tiga dari kanan) memotong riben di Majlis Perasmian Restoran Budaya Sarawak di Sarawak Steamship Building, Tebingan Kuching

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia