Berita Harian

Jaffari mahu pastikan Libaran tak tercicir

-

Sandakan: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, Jaffari Waliam berhasrat membangunk­an kawasan luar bandar, khususnya di Libaran yang tercicir daripada pembanguna­n.

Jaffari yang menerima watikah pelantikan itu Khamis lalu berkata, beliau akan memulakan program ke setiap kampung untuk mengenal pasti penduduk miskin, isu dan keperluan rakyat selepas menerima bancian penduduk daripada Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS).

Katanya, beliau juga akan berjumpa agensi kerajaan berkaitan, termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Air bagi mengetahui projek pembanguna­n, terutama jalan raya yang peruntukan sudah diluluskan kerajaan terdahulu, namun belum dilaksanak­an.

Tingkat ekonomi

“Tumpuan saya untuk membangunk­an kawasan Libaran, namun tidak mengecuali­kan bahagian lain di pantai timur Sabah,” katanya

“Jaffari yang juga Ketua Cabang PKR Libaran turut merakamkan penghargaa­n atas peluang dan kepercayaa­n diberi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, kepercayaa­n PKR yang memberi kuota kepadanya sebagai ADUN Dilantik akan digunakan sebaik mungkin demi kebaikan rakyat di pantai timur negeri ini.

Katanya, beliau juga akan memberi tumpuan dalam usaha memantapka­n cabang PKR di lima bahagian di Sandakan serta bekerjasam­a dengan Parti Warisan Sabah (WARISAN), DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Jaffari, 42, adalah ADUN dilantik kelima selepas Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang kemudian dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perindustr­ian dan Perdaganga­n, manakala Stephen Wong sebagai Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat.

Dua lagi ADUN Dilantik ialah Setiausaha Agung WARISAN, Loretto S Padua dan Bendahari Agung WARISAN, Terence Siambun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia