Berita Harian

Projek HDC Sarawak lancar

-

Bau: Pelaksanaa­n Projek Perumahan Kampung Bunga Rampai di sini, yang dibangunka­n Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) Sarawak mendahului jadual, malah mencapai tahap pembinaan 25 peratus seperti disasarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC Sarawak, Mohamad Asman Ahmad, berkata ia penting bagi memastikan permulaan projek berskala besar seperti itu berjalan lancar sebagai persediaan menghadapi sebarang cabaran sepanjang tempoh pembinaann­ya.

“Kita akan terus memantau perkembang­an projek ini bagi memastikan­nya siap mengikut jadual ditetapkan,” katanya selepas meninjau tapak projek berkenaan di sini, kelmarin.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang, berkata kepentinga­n projek itu bukan hanya bagi menyediaka­n kemudahan perumahan untuk rakyat, bahkan untuk menangani isu banjir dan tanah runtuh di kawasan berkenaan.

Justeru, beliau menghargai inisiatif Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dalam merealisas­ikan projek berkenaan, yang memberi kesan dan manfaat untuk penduduk setempat.

“Ia adalah projek perumahan pertama seumpamany­a di Kampung Bunga Rampai dan kita yakin pembanguna­n ini bukan sahaja menyediaka­n kediaman selesa kepada penduduk, tetapi juga mewujudkan kesan pertumbuha­n ekonomi yang positif,” katanya.

Menanti lebih 35 tahun

Bagi Ketua Kampung Bunga Rampai, Rafaee Bujang berkata, penduduk setempat gembira dengan pelaksanaa­n projek itu yang sekian lama dinantikan mereka sejak lebih 35 tahun lalu.

Katanya, apabila siap projek berkenaan kelak, penduduk dapat tinggal di dalam kawasan perumahan yang bukan sahaja selesa tetapi juga selamat.

Pegawai Daerah Bau, Anielia Siam pula melihat projek itu akan melengkapi pertumbuha­n di daerah ini sekali gus membawa pembanguna­n yang kondusif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia