Berita Harian

Lelaki dibelasah depan kelab hiburan

-

Kuching: Masalah peribadi dipercayai menjadi punca seorang lelaki menjadi 'lauk' sehingga parah dibelasah oleh sekumpulan lelaki lain di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Jugah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa berusia 36 tahun ditemui terbaring oleh orang awam dalam keadaan berlumuran darah di luar pusat hiburan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, kekecohan dipercayai bermula di dalam pusat hiburan berkenaan antara mangsa dan suspek sebelum berlarutan menjadi pertikaman lidah.

Menurutnya, mangsa dan suspek yang masih belum dapat dikenal pasti identitiny­a bertegang urat di dalam pusat hiburan berkenaan dipercayai masalah peribadi.

“Mereka kemudianny­a keluar dari pusat hiburan berkenaan sebelum bertumbuk. Mangsa kemudianny­a ditinggalk­an dalam keadaan lemah dan berlumuran darah manakala suspek melarikan diri.

“Mangsa hanya ditemui orang awam yang kebetulan melalui pusat hiburan itu sebelum membawanya ke sebuah hospital swasta di bandar ini untuk rawatan lanjut,” katanya, semalam.

Beliau berkata, polis yang mendapat maklumat mengenai kejadian itu kemudianny­a bergegas ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut bagi mengesan suspek.

Katanya, mangsa yang berasal di Bintulu itu disahkan stabil dan masih menerima rawatan di hospital berkenaan namun operasi mengesan suspek kini giat dijalankan.

Tambahnya, polis turut mengesan saksi awam yang berada di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut bagi membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia