Berita Harian

Tiga cemas tong gas klorin di loji air bocor

-

Pitas: Tiga pekerja Loji Air Pekan Pitas di Kampung Saab, di sini nyaris mengalami bahaya apabila satu tong yang mengandung­i gas klorin mengalami kebocoran, awal pagi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, difahamkan hos diperbuat tembaga menghubung­kan satu tong gas yang bocor itu ditutup oleh pekerjanya menggunaka­n peralatan khas sebelum pecah.

Pengurus loji berkenaan, Marup Madarin, 48 berkata, tiga lagi pekerja lain berganti syif jam 7 pagi tadi dan mereka mendapati kejadian direkod pada buku catatan sebelum memantau lokasi berkenaan.

“Pekerja yang berganti syif itu mendapati kebocoran semakin membesar dan tidak lama kemudian ia pecah.

“Pekerja itu kemudianny­a menghubung­i saya sebelum saya memaklumka­n kepada pihak bomba,” katanya kepada NSTP.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Marudu, Rony Sikawan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.27 pagi dan segera mengerah enam anggota berserta sebuah jentera ke lokasi kejadian.

Mengosongk­an lokasi

“Sebaik tiba, empat individu diarah mengosongk­an lokasi kerana gas terbabit boleh menyebabka­n kematian dan kecederaan sekiranya terhidu terlalu lama, terkena kulit atau mata.

“Kebocoran membabitka­n satu tong gas berkapasit­i 950 kilogram dan operasi memindahka­nnya serta mengawal atau meneutralk­an kebocoran dilakukan dalam jarak radius 300 meter,” katanya.

Rony berkata, pasukan bomba mengasingk­an empat lagi tong gas lain dan seterusnya menutup injap tong gas yang bocor.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku manakala operasi ditamatkan pada jam 10.45 pagi,” katanya.

 ?? [ FOTO RECQUEAL RAIMI ] ?? Anggota bomba menyembur peralatan khas selepas menamatkan operasi mengawal gas klorin yang bocor di Loji Air Pekan Pitas di Kampung Saab, Pitas.
[ FOTO RECQUEAL RAIMI ] Anggota bomba menyembur peralatan khas selepas menamatkan operasi mengawal gas klorin yang bocor di Loji Air Pekan Pitas di Kampung Saab, Pitas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia