Berita Harian

Rumah panjang musnah terbakar

250 penduduk di Nanga Makut hilang tempat tinggal

- Oleh Harun Yahya

Lebih 250 penduduk sebuah rumah panjang di Nanga Makut, Sungai Katibas di Song di sini, kehilangan tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran, semalam.

Difahamkan, kedudukan lokasi kejadian yang terletak di kawasan terpencil, selain hanya dihubungka­n melalui sungai menyebabka­n bantuan sukar disalurkan ketika kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Song, Asisten Superinten­dan Balie Jelian, berkata kebakaran memusnahka­n Rumah Panjang Dagum membabitka­n 32 pintu, dengan api merebak pantas disebabkan struktur rumah yang diperbuat dari kayu.

“Sejurus dimaklumka­n mengenai kejadian, lima anggota bomba, termasuk seorang anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Song digerakkan ke lokasi menggunaka­n bot yang mengambil masa hampir dua jam.

Penempatan sementara

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, rumah panjang berkenaan didapati musnah sama sekali, menyebabka­n kesemua pendudukny­a tinggal sehelai sepinggang kerana hanya sempat menyelamat­kan diri sejurus kejadian berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Beliau berkata, selain Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, turut terbabit dalam operasi itu ialah Pejabat Daerah Song dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Pejabat Daerah Song dan JKM sedang meneliti bentuk bantuan sewajarnya untuk disalurkan kepada mangsa, termasuk mengenal pasti pusat penempatan sementara untuk mereka,” katanya.

Balie berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

“Punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran ini dalam siasatan,” katanya.

 ?? [ FOTO IHSAN ] ?? Kebakaran rumah panjang di Nanga Makut, awal pagi semalam.
[ FOTO IHSAN ] Kebakaran rumah panjang di Nanga Makut, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia