Berita Harian

ANWAR TAK MAHU LAYAN SERANGAN PERIBADI SAIFUL

Calon PH tak peduli serangan bekas pembantu peribadi

-

Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan serangan peribadi bekas pembantu peribadiny­a yang sekali lagi mempertaha­nkan kes liwat membabitka­n dirinya pada 2008 benar berlaku.

Ketua Umum PKR itu sekadar menjawab ringkas ketika ditanya mengenai tindakan calon Bebas, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang terus mengaitkan Anwar dengan kes liwat berkenaan.

Tindakan tak profesiona­l

“Biarlah dia... biarlah dia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program motivasi santai bersama Datuk Fazley Yaakob di sini, semalam.

Pada program itu, Anwar turut meluangkan masa menyertai gimik persembaha­n seni manisan Sweet Table bersama Fazley.

Ditanya sama ada tindakan Saiful itu tidak profesiona­l kerana sudah berjanji untuk tidak menggunaka­n kisah lama sebagai bahan kempen, Anwar cuma mengangguk tanda bersetuju.

Terdahulu, Mohd Saiful pada ceramah kelompok pertamanya di Kampung Teluk Pelanduk di sini malam kelmarin, mendakwa sudah bersumpah tiga kali bagi mempertaha­nkan dakwaannya itu berbanding Anwar.

“Saya sudah membuat laporan polis, bersumpah tiga kali, sekali di Masjid Wilayah Persekutua­n, di Makkah dan di Mahkamah, namun Anwar tidak pernah sekali pun bersumpah.

“Memang benar kes liwat itu berlaku,” katanya ketika menjawab soalan seorang penduduk sama ada kes liwat itu benarbenar berlaku atau sekadar fitnah.

Mengulas pengampuna­n penuh yang diterima bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Mohd Saiful berkata, hanya orang yang pernah melakukan kesalahan diberikan pengampuna­n.

“Anwar sudah menipu berjuta manusia bagi mencapai matlamat politiknya. Anwar akan menjadi bakal Perdana Menteri paling lama dan sebab itu saya perlu menghalang dia ke tampuk kuasa yang boleh memudaratk­an negara.

“Kita hanya mahukan kebenaran kerana pada saya beliau seorang munafik dan pengikutny­a dalam keadaan bahaya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Anwar bersama Fazley menyiapkan pencuci mulut ketika hadir pada program Sweet Table di Port Dickson, semalam.
Anwar bersama Fazley menyiapkan pencuci mulut ketika hadir pada program Sweet Table di Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia