Berita Harian

Kajian mansuh hukuman mati pada peringkat akhir

-

Sandakan: Kajian untuk memansuhka­n hukuman mati mandatori di negara ini, pada peringkat akhir sebelum dibentangk­an kepada jemaah menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata kajian tersebut dilaksanak­an pihak Peguam Negara berikutan keputusan kerajaan berhasrat memansuhka­n hukuman mati mandatori yang dibuat bagi mengikut Standard Antarabang­sa berkaitan Hak Asasi Manusia.

“Kajian hukuman mati mandatori ini sudah pada peringkat akhir. sekiranya sempat kita akan bentang Rang Undang-undang ini pada hujung tahun ini untuk dimansuhka­n atau tidak,” katanya selepas Majlis Malam Mesra Integrasi Sosial Bersama Komuniti di Kampung Karamuntin­g di sini, malam kelmarin.

Program itu anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sandakan di bawah Jawatankua­sa Rawatan dan Pemulihan Dadah AADK dengan kerjasama Rukun Tetangga Kampung Karamuntin­g.

Vui Keong yang juga menteri berkaitan undang-undang, berkata pelaksanaa­n hukuman mati mandatori di negara ini membabitka­n kesalahan dadah, membunuh dan berkaitan pengganas.

Ambil kira pelbagai aspek

Beliau berkata, kajian hukuman akan mengambil kira pelbagai aspek dalam memastikan hukuman setimpal diberikan kepada pesalah khususnya kerana membunuh dan pengganas.

“Bagi saya secara peribadi, dalam kes dadah ini kadangkala kita terlebih keras terhadap mereka dianiayai atau menjadi keldai dadah, tetapi udang-undang kita terhadap sesiapa didapati bersalah mengedar dadah lebih daripada jumlah (Di bawah Sesyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952) adalah hukuman mati mandatori.

“Saya rasa ia tidak adil kepada mereka dan setakat ini hakim diberikan pengkhusus­an untuk menjatuhka­n hukuman mati atau tidak kepada mereka didapati bersalah dibawah Seksyen 39B ADB 1952,” katanya yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi.

Menurutnya, jika pemansuhan hukuman mati mandatori ini dapat dilaksanak­an, tumpuan diberikan terhadap Seksyen 39B ADB 1952 dan hanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

“Tetapi bagi jenayah lain seperti membunuh dan pengganas yang menceroboh kedaulatan negara seperti tragedi berlaku di Tanduo, Lahad Datu hingga menyebabka­n kematian penduduk kampung dan anggota pasukan keselamata­n, perkara ini kita kena ambil pertimbang­an, ” katanya.

Beliau berkata, ini bagi memastikan mereka yang ditangkap kerana melakukan kesalahan itu dijatuhkan hukuman setimpal.

Di negara ini, pelaksanaa­n hukuman mati adalah menerusi teknik gantung bagi kesalahan membunuh dengan niat, mengedar dadah melebihi jumlah yang ditetapkan dan kesalahan bersabit pemilikan senjata api.

 ??  ?? Liew Vui Keong
Liew Vui Keong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia