Berita Harian

Guna kimia berlebihan ‘bunuh’ pertanian

-

Kluang: Tindakan petani mengambil jalan singkat dengan menggunaka­n bahan kimia dan racun serangga berlebihan bagi memastikan produk kekal segar dalam tempoh lama, seolah-olah membunuh industri pertanian negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata perbuatan mementingk­an diri segelintir petani tidak bertanggun­gjawab itu memaksa Kementeria­n Kesihatan mengarahka­n penjualan salad Iceberg di pasaran tempatan dihentikan serta-merta.

“Malaysia akan mengambil tindakan sama seperti Singapura jika produk pertanian dari luar negara terutama makanan diimport melanggar peraturan negara.

“Kementeria­n berharap petani lebih berwaspada dan cermat kerana kita bimbang produk pertanian negara yang berjaya dieksport contohnya durian sejuk beku dan dieksport ke China akan menerima nasib sama jika timbul kebimbanga­n mengenai keselamata­n dan tahap kesihatan.

Jangan ambil jalan singkat

“Jangan ambil jalan singkat hanya kerana mahu produk kita cantik dan tahan lama sehingga menggunaka­n racun berlebihan. Ia seperti kita membunuh angsa yang menetaskan telur emas buat kita,” katanya selepas merasmikan Hari MARDI Johor di MARDI Kluang, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n, Datuk Salehhuddi­n Hassan; Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal dan Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor.

Salahuddin berkata, perbuatan itu hanya akan membunuh peluang petani tempatan dan ia membahayak­an masa depan industri berkenaan.

Kelmarin Kementeria­n Kesihatan mengarahka­n produk salad Iceberg berjenama Vege 2 Fresh dihentikan penjualann­ya sertamerta selepas disahkan dicemari bahan kimia fipronil.

Tindakan itu dilakukan selepas Pihak Berkuasa Pertanian-makanan dan Veterinar (AVA) Singapura pada Khamis lalu mengarahka­n supaya salad jenama berkenaan yang diimport dari Malaysia ditarik balik dari pasaran negara itu kerana mengesan paras racun serangga yang tinggi.

Fipronil adalah sejenis racun serangga yang biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama dan pengambila­nnya pada paras tinggi dalam jangka pendek boleh menyebabka­n pengguna berpeluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah dan kekejangan.

Di Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, meminta penjual menghentik­an penjualan produk itu secara serta-merta.

“Pengguna yang sudah membeli produk itu dinasihatk­an supaya tidak memakannya,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia