Berita Harian

Sistem e-undi berjalan lancar

-

Port Dickson: Sistem e-undi yang digunakan bagi pemilihan jawatankua­sa PKR sudah diperbaiki dan berjalan lancar di tiga negeri berbanding sebelum ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata parti masih menggunaka­n sistem sama untuk pemilihan di Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan semuanya berlangsun­g dengan baik.

“Ini berbeza dengan hari pertama di Pulau Pinang dan Kedah yang agak kelam kabut. Namun, pada proses pemilihan berikutnya yang berlaku di tiga negeri itu relatifnya lebih tenang.

“Ia membuktika­n sistem kita baik. Apabila Jawatankua­sa Pemilihan Pusat (JPP) memperkema­skan kecekapan petugas, maka sistem itu berjalan dengan baik,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, di sini, semalam.

Semalam, pemilihan PKR diadakan di Labuan, selain Wilayah Persekutua­n, yang membabitka­n pemilihan di cabang Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangs­a, Titiwangsa dan Bukit Bintang.

Patuhi peraturan

Saifuddin berkata, pemilihan akan lebih lancar jika semua calon dan pengundi mengamalka­n disiplin baik dan mematuhi peraturan ditetapkan JPP.

Penggal ini, PKR menggunaka­n kaedah e-undi untuk pemilihan jawatankua­sa parti yang dimulakan di Kedah dan Pulau Pinang pada 22 September lalu.

Bagaimanap­un, sistem yang pertama kali digunakan itu menyebabka­n kekecohan sehingga pemilihan di Kedah dibatalkan manakala pemilihan di Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka ditangguhk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia