Berita Harian

Kampung Balaroa diputar sebelum jadi ‘keranda besar’

-

di perkampung­an Balaroa terangkat mendadak lebih lima meter, ‘diputar’ sebelum dihempas semula bersama ribuan rumah dan penghuni di dalamnya.

Pekatan lumpur kemudian memancut keluar dari dalam tanah sebelum kebakaran besar berlaku dan memusnahka­n sebahagian kampung yang memiliki 1,747 rumah.

Beratus penduduk mati sama ada tersepit atau terbakar hidup-hidup dalam tragedi ‘keranda besar’ sejurus gempa bumi melanda perkampung­an Balaroa, Perumahan Perumnas di sini, 28 September lalu.

Penduduk, Jaufan Saib, 45, berkata, kirakira 700 mangsa terkorban dan beribu lagi masih hilang tertimbus dalam runtuhan.

Beliau berkata, gempa berlaku selepas azan maghrib mengakibat­kan perkampung­an bertanah rata itu menjadi beralun.

“Rumah terangkat dan terbalik begitu sahaja. Keadaan ibarat dalam mesin pengisar. Gempa bumi itu benar-benar menakutkan.

“Mujur kediaman saya terletak di lereng bukit dan hanya mengalami gegaran. Saya sempat berpaut pada tiang rumah sebelum melihat seluruh perkampung­an di bawah bukit musnah,” katanya, semalam.

Beliau berkata, beberapa jiran yang terselamat lari bertempiar­an menuju ke rumahnya untuk mencari perlindung­an.

Jeritan, tangisan mangsa

“Keadaan menjadi gelap gelita seketika berikutan bekalan elektrik terputus. Namun, malam tragedi itu diterangi dengan kebakaran besar di kawasan kampung itu.

“Jeritan dan tangisan mangsa yang terselamat kedengaran di mana sahaja, namun saya hanya mampu melihat malapetaka ini,” katanya.

Beliau berkata, usaha mencari mayat mangsa di perkampung­an itu hanya dimulakan keesokan paginya.

“Sehingga kini 700 mayat sudah ditemui di perkampung­an ini. Mayat mangsa dikeluarka­n sama ada oleh keluarga atau pasukan penyelamat menggunaka­n jengkaut.

“Namun, masih ramai mangsa yang terbunuh terus tertimbus dan gagal dikeluarka­n. Buktinya bau mayat masih kuat dan dapat dihidu sehingga kini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Alex Budianto, 45, berkata, gempa itu turut mengakibat­kan Masjid Perunas di sini, yang memuatkan sehingga 1,000 jemaah bergerak sejauh lebih 300 meter sebelum roboh.

“Walaupun sudah enam hari tragedi berlalu, masih ada mayat ditemui dan dibawa keluar dari runtuhan. Sebanyak 12 mayat mangsa reput ditemui tadi (semalam.

“Saya yakin kubur besar ini akan terus ditangisi waris yang masih gagal menemui baki mayat keluarga mereka,” katanya.

Beliau berkata, bencana di kampung Balaroa berbeza dengan Petobo berikutan tanah di kawasan itu diangkat plat tektonik bumi, manakala tragedi di Petobo berpunca aliran lumpur yang keluar dari dalam bumi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia