Berita Harian

Pinjaman peribadi penyumbang utama hutang isi rumah

-

Golongan berpendapa­tan kurang dari RM5,000 adalah mereka yang menjadi penyumbang utama ke pada peningkata­n pertumbuha­n pinjaman tidak berbayar.

Pengurus Besar AKPK, Azman Hasim, berkata segmen pembia yaan peribadi juga antara fak tor utama menyumbang kepada peningkata­n kadar keberhutan­gan isi rumah itu.

Beliau berkata, data AKPK itu juga adalah sama dengan laporan kestabilan kewangan yang dikeluarka­n Bank Negara Malaysia (BNM).

“Laporan oleh BNM itu selari dengan rekod individu yang telah menghadiri sesi perkhidmat­an kaunseling bersama AKPK melalui Program Pengurusan Kredit (PKK).

“Peningkata­n pinjaman tak berbayar itu juga kebanyakan­nya terdiri daripada kalangan penjawat awam dan mereka yang memperoleh gaji kurang RM5,000.

“Berdasarka­n PKK yang dijalankan oleh AKPK, punca utama (40.6 peratus) terjadinya kegagalan pembayaran hutang adalah disebabkan perancanga­n kewangan yang lemah,” katanya kepada Bisnes NSTP.

Beliau mengulas mengenai la poran kestabilan kewangan oleh BNM yang dikeluarka­n barubaru ini mengenai kadar keberhutan­gan rakyat Malaysia menurun kepada 83.8 peratus daripada nilai Kelua ran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Namun, pertumbuha­n pinja man tidak berbayar bagi pembiayaan peribadi, pembelian hartanah kediaman dan hartanah bukan kediaman masingmasi­ng mencatatka­n peningkata­n sebanyak 7.5 peratus, 4.4 peratus dan 20.4 peratus.

Kos sara hidup tinggi

Azman berkata, selain itu kos sara hidup yang tinggi juga turut menjadi punca utama golongan terbabit gagal membayar pinjaman.

“Mereka yang mempunyai masalah gagal membayar pinjaman ini perlu meningkatk­an kemahiran pengurusan kewangan mereka dengan mendapatka­n ilmu atau pendidikan kewangan yang bersesuaia­n.

“AKPK sendiri aktif menyediaka­n program yang menyentuh mengenai kemahiran asas mengurus wang dan kredit berdasarka­n empat tahap dalam kehidupan iaitu fasa mengikuti pendidikan pengajian tinggi, memasuki alam pekerjaan, memulakan dan membina keluarga, dan menjalani persaraan,” katanya.

Beliau berkata, kaunseling ke wangan dan program pengurusan kredit adalah perkhidmat­an yang disediakan oleh AKPK secara percuma kepada individu tanpa melalui manamana pihak ketiga.

Mereka yang mempunyai masalah gagal membayar pinjaman ini perlu meningkatk­an kemahiran pengurusan kewangan mereka dengan mendapatka­n ilmu atau pendidikan kewangan yang bersesuaia­n” Azman Hasim, Pengurus Besar AKPK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia