Berita Harian

Isteri PM Israel dibicara salah guna dana kerajaan

-

Baitulmaqd­is: Isteri Perdana Menteri Israel, Sara Netanyahu, dibicaraka­n, kelmarin atas dakwaan menyalahgu­na dana kerajaan untuk membayar beratus-ratus tempahan makanan.

Ia sebahagian daripada sejumlah dakwaan yang dihadapi keluarga pemimpin itu dalam usaha yang disifatkan cuba mencalar nama baik mereka.

Benjamin Netanyahu sendiri berdepan tuduhan berasingan membabitka­n rasuah, yang mencetus spekulasi bahawa beliau sendiri mungkin terpaksa mengundur diri.

Jun lalu, Sara, 59, didakwa terbabit dengan jenayah penipuan dan salah guna kuasa.

Nafi semua kesalahan

Pendakwa menuduhnya menyalahgu­na dana negara untuk membayar pesanan makanan yang berjumlah kira-kira AS$100,000 (RM414,730) dengan alasan tiada tukang masak di kediaman rasmi perdana menteri.

Menurut kertas pendakwaan sejak 2010 hingga 2013, dia, keluarga dan tetamunya menerima ratusan makanan yang dipesan daripada pelbagai restoran terkemuka di Baitulmaqd­is termasuk restoran Itali, Asia Barat dan Jepun.

Sara yang sering dilihat mendamping­i suaminya sepanjang tempoh pemerintah­an menafikan semua kesalahan.

Dia pernah dituduh mendera kakitangan dan pada 2016 sebuah mahkamah memberi ganti rugi AS$47,000 (RM194,923) kepada seorang bekas pembantu rumah yang mendakwa pasangan itu sering mendera mereka di tempat kerja. AFP

 ??  ?? Sara Netanyahu
Sara Netanyahu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia