Berita Harian

Hamilton tawan Suzuka

Kemenangan di Jepun semakin mendekati kejuaraan kelima dunia

-

Lewis Hamilton menjuarai Grand Prix (GP) Jepun untuk memastikan pasukan Mercedes menguasai kedudukan pertama dan kedua sekali gus menghampir­i gelaran juara dunia Formula Satu (F1) yang kelima.

Pelumba Britain itu mendominas­i saingan di Litar Suzuka bagi menjarakka­n kedudukan ke atas pelumba Ferrari, Sebastian Vettel kepada 67 mata dengan hanya berbaki empat perlumbaan.

Vettel terpaksa berpuas hati di kedudukan keenam susulan pelanggara­n pada peringkat awal dengan pelumba Red Bull, Max Verstappen.

Seorang lagi pelumba Mercedes, Valtteri Bottas meraih tempat kedua sementara Verstappen menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

“Woo-hoo! Saya sayang anda semua!” Hamilton menjerit kepada radio pasukan selepas kemenangan keenamnya dalam tujuh perlumbaan terakhir.

“Saya harap anda semua tidak bosan dengan perkara ini.”

Vettel perlukan kemenangan untuk terus mencabar kejuaraan namun permulaan yang kurang baik termasuk terbabit dengan perlanggar­an dengan Verstappen pada pusingan kelapan merencatka­n harapannya.

Terpaksa bekerja keras

Pelumba Jerman itu yang bermula dari petak kelapan terpaksa bekerja keras untuk bangkit daripada kedudukan ke-19 selepas perlanggar­an itu dan hanya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam.

Hamilton akan mengekalka­n gelaran dunia jika dia memenangi perlumbaan seterusnya di Austin dan Vettel pula gagal menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

“Ia penamat yang hebat buat Mercedes apabila menguasai kedudukan satu-dua dan membuktika­n kekuatan yang kami ada,” kata pelumba Britain itu selepas kejuaraan kelima di Jepun dan kesembilan musim ini.

 ??  ?? Hamilton meraikan kejayaan menjuarai GP Jepun semalam.
Hamilton meraikan kejayaan menjuarai GP Jepun semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia