Berita Harian

Minta selesai segera isu

Keluarga pelatih lahir kebimbanga­n pemakanan anak-anak terus terjejas

- Oleh Firdaus Hashim

Pemakanan dan nutrisi seharusnya menjadi elemen penting dalam pembentuka­n pemain bola sepak khususnya pemain kanak-kanak, namun sebaliknya berlaku di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) apabila ada ibu bapa yang mendakwa kehidupan anak mereka berhadapan kesukaran di situ.

Menurut seorang bapa pelatih, Hashim Ghani, pendedahan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai situasi ‘tenat’ di akademi berkenaan adalah benar.

Berkongsi keadaan disitu, katanya, terlalu banyak masalah yang wujud membabitka­n kerosakan kemudahan, ketiadaan peralatan sukan, pemakanan dan logistik.

Bagaimanap­un, beliau lebih bimbang akan masalah kekurangan makanan apabila anaknya, Rohisham Haiqal dan rakannya dikenakan ‘catuan makanan’ apabila hanya disediakan tiga kali hidangan sehari.

“Memang betul ada macammacam masalah tetapi saya lebih risaukan pasal pemakanan budak-budak ini. Pasal masalah padang dan lain-lain bagi saya tak serius tetapi isu makanan nampak teruk sekali.

“Dulu masa mula-mula nak masuk sini (AMD), mereka berjanji yang pelatih akan diberikan makanan enam kali sehari tapi sehingga sekarang mereka cuma bagi tiga kali saja pada waktu pagi, tengah hari dan malam.

Bawa makanan untuk anak

“Itu pun hanya pagi dan malam saja mereka akan makan di AMD, manakala makan tengah hari pula di sekolah sebelah iaitu SSMP (Sekolah Sukan Malaysia Pahang).

“Masalah yang wujud pada sebelah petang di mana mereka tidak diberikan makanan sebelum turun berlatih. Apabila tak makan, macam mereka nak berlatih dan sebab itu saya akan datang ke sini pada sebelah petang dengan membawa makanan untuk anak saya,” katanya yang tinggal di Jengka.

Menerusi lawatan mengejut Syed Saddiq ke AMD pada Jumaat lalu, beliau mendapati banyak permasalah­an dan kelemahan serius berlaku di akademi itu yang dibina dengan nilai sekitar RM85 juta bagi melahirkan pemain bertaraf antarabang­sa itu.

Masalah sama turut dikongsi oleh seorang lagi bapa pemain, Mohd Haizon Ayop apabila mengakui kecewa dengan sistem pengurusan yang lemah daripada pihak AMD.

“Saya tidak mahu mencampuri urusan pihak atasan kerana saya percaya mereka pasti akan mencari jalan penyelesai­an terbaik untuk menangani masalah ini.

“Tetapi apabila melihat anak saya hanya diberi makanan tiga kali sehari, timbul rasa bimbang lebih-lebih lagi mengenai pembesaran­nya sebagai pemain.

“Saya harap isu ini akan dapat diselesaik­an segera dan kami sebagai ibu bapa hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak kami di sini,” katanya yang gembira dengan perkembang­an positif Mohammad Haykal Danish yang sebelum ini dijemput beraksi untuk akademi Paris Saint-germain di Perancis (PSG) pada Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia