Berita Harian

Kekurangan diri bukan alasan

Masalah pendengara­n tak halang Nurul Syamina wakili Sarawak

- Oleh Khalid Latip

Mengalami masalah pendengara­n sejak bayi tidak sekalipun menghalang Nurul Syamina Sulaihi, 11, terpilih mewakili Sarawak pada Majlis Tilawah al-quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan kategori bagi masalah pendengara­n di Kelantan, 16 Oktober ini.

Ibunya, Hajariah Hadni, 45, berkata anaknya yang berseko- lah di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Sibu kerap menangis ketika masih bayi dan mengalami masalah pendengara­n, namun beliau berbangga ia bukan halangan buat anaknya itu menjalani kehidupan seperti insan normal.

Beliau berkata, kekurangan yang dialami anak keempat daripada lima beradik itu juga bukan menjadi alasan untuk dia tidak berjaya seperti insan lain, malah kejayaan yang dikecapi adalah hasil usahanya.

“Saya dan suami terkejut selepas Nurul Syamina dinobatkan sebagai juara Pertanding­an Bercerita Sekolah Rendah Kategori BD (Bermasalah Pendengara­n) pada Majlis Tilawah Al-quran Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Kadir, Gedong, semalam.

“Lebih membuatkan kami terharu apabila Nurul Syamina terpilih mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan di Kelantan. Satu tanggungja­wab yang besar perlu digalasnya nanti,” katanya kepada NSTP, semalam.

Hajariah yang berasal dari Kampung Sok, Matu, berkata walaupun agak pendiam, Nurul Syamina gemar membaca kisah Nabi dan menyampaik­an dalam bentuk cerita dengan caranya tersendiri.

Pembakar semangat

“Bagi kami, Nurul Syamina adalah anugerah Allah yang tiada nilainya. Sebagai ibu, saya selalu menasihatk­an beliau supaya jangan berasa rendah diri dengan kekurangan yang dimiliki kerana ia bukan penghalang bagi seseorang untuk mencapai apa yang diimpikan.

“Saya mengharapk­an Nurul Syamina akan melakukan yang terbaik dalam pertanding­an peringkat kebangsaan nanti. Jika ditakdirka­n juara, itu satu bonus dan menjadi pembakar semangat untuk beliau membawa nama Sarawak ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

 ?? [ FOTO KHALID LATIP / BH ] ?? Nurul Syamina (kiri) bersama rakan, Nurul Ain Najihah Rosli selepas Majlis Tilawah al-quran Pendidikan Khas Peringkat Negeri di SK Abang Kadir. Hajariah Hadni, Ibu
[ FOTO KHALID LATIP / BH ] Nurul Syamina (kiri) bersama rakan, Nurul Ain Najihah Rosli selepas Majlis Tilawah al-quran Pendidikan Khas Peringkat Negeri di SK Abang Kadir. Hajariah Hadni, Ibu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia