Berita Harian

‘Abang bomba’ tak tahan sebak

-

Miri: Terharu dan hampir menitiskan air mata. Itu emosi bermain dalam diri Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong, ketika menyertai larian ‘Tribute to Bomba’ di Marina Park di sini, semalam.

Larian amal anjuran ‘Miri Runners Club’ itu sebagai penghormat­an kepada pasukan bomba selepas tragedi mengorbank­an enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan BBP Shah Alam ketika menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tebatan lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Rabu lalu.

Program itu ternyata menyentuh perasaan kira-kira 30 peserta, termasuk anggota bomba dari BBP Miri dan BBP Lopeng yang turut sama menyertai larian bermula pada jam 6 pagi itu.

Tanda penghormat­an

Poh Kiong berkata, beliau begitu tersentuh dengan inisiatif penganjur mengadakan program itu yang turut membabitka­n kutipan derma bagi Allahyarha­m Yahya Ali, 24, yang berasal dari Kampung Tian, Matu.

“Tidak sangka orang kita tidak kenal hubungi saya dan menerangka­n mahu menganjurk­an larian sebagai tanda penghormat­an pada pasukan bomba, khususnya anggota yang terkorban.

“Saya amat terharu dan tersentuh dengan inisiatif penganjur dan kami (bomba) turut dijemput menyertai larian itu sebagai tanda penghargaa­n mereka,” katanya ketika ditemui selepas acara larian amal itu.

Poh Kiong berkata, beliau dan semua anggota BBP Miri dan BBP Lopeng meluangkan masa menyertai larian itu bersama keluarga.

Beliau berkata, lebih mengharuka­n, orang awam turut memakai baju-t program larian bomba dari tahun pertama penganjura­nnya pada 2015 sehingga tahun ini.

“Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Mohd Hamdan Wahid) mengucapka­n terima kasih kepada penganjur kerana tampil dengan inisiatif mulia ini,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD RIZAL ABDULLAH / BH ] ?? Poh Kiong bersama perserta larian amal ‘Tribute to Bomba’ di Marina Park, Miri, semalam.
[ FOTO MOHD RIZAL ABDULLAH / BH ] Poh Kiong bersama perserta larian amal ‘Tribute to Bomba’ di Marina Park, Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia