Berita Harian

‘Tiada had masa mansuh Akta Hasutan’

Kerajaan tak cukup majoriti dua pertiga untuk hapus undang-undang: Dr Mahathir

- Oleh Rohaniza Idris dan Amir Hisyam Rasid cnews@nstp.com.my

Tun Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak menetapkan had masa tertentu bagi memansuhka­n Akta Hasutan 1948.

Perdana Menteri berkata, penghapusa­n mana-mana akta perlu dibentangk­an di Parlimen dan ia memerlukan masa.

Katanya, buat masa ini, kerajaan tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, maka ia akan mengambil masa untuk akta itu dihapuskan.

“Kita tidak boleh tentukan lagi tempoh masanya dengan tepat. Kita mempunyai sejumlah undangunda­ng yang mahu dimansuhka­n dan dipinda, jadi ia memakan masa.

“Peguam Negara perlu melihat semua undang-undang baharu dan ada antara undang-undang itu membabitka­n Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya ditemui selepas melancarka­n buku Tun Ismail

Mohd Ali - Paragon of Trust and

Integrity di Sasana Kijang di sini, semalam.

Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas mengenai langkah kerajaan memansuhka­n Akta Hasutan 1948 selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbira­n negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

Baru-baru ini, beberapa pihak mempersoal­kan apabila akta berkenaan digunakan polis bagi menahan adik kepada Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam kerana didakwa memuat naik gambar yang menghina Perdana Menteri di media sosial.

Akta terus dikuatkuas­akan

Dr Mahathir berkata, oleh kerana Akta Hasutan 1948 belum dapat dimansuhka­n, maka ia terus akan dikuatkuas­akan.

Katanya, pihak berkuasa boleh terus menggunaka­n undang-undang itu.

“(Bagaimanap­un) secara peribadi saya tidak mempunyai masalah sekiranya ada pihak yang menggelar saya dengan pelbagai gelaran tidak enak.

“Saya tidak peduli berkaitan perkara ini (menghina beliau), sesiapa yang mahu menggelar saya dengan pelbagai nama, dipersilak­an,” katanya.

Minggu lalu, beberapa pemimpin PH mengecam penggunaan Akta Hasutan ketika kerajaan berusaha memansuhka­n undang-undang berkenaan.

Antara yang lantang membantah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Mohamed Hanipa Maidin; Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah; Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya.

Menjawab bantahan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, berkata kerajaan tidak mengeluark­an sebarang arahan supaya Akta Hasutan 1948 digunakan terhadap mana-mana pihak.

Tiada arahan kerajaan

“Tidak ada arahan daripada pihak pimpinan kerajaan supaya akta itu digunakan ke atas mana-mana individu tertentu seperti didakwa.

“Malah kerajaan Pakatan Harapan tidak menggalakk­an supaya akta itu digunakan,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir melancarka­n buku mengenai bekas Gabenor Bank Negara yang pertama, Tun Ismail Mohd Ali.

Pelancaran buku itu sempena memperinga­ti ulang tahun ke-100 kelahiran bekas Gabenor Bank Negara itu.

Kita tidak boleh tentukan lagi tempoh masanya dengan tepat. Kita mempunyai sejumlah undang-undang yang mahu dimansuhka­n dan dipinda, jadi ia memakan masa. Peguam Negara perlu melihat semua undangunda­ng baharu dan ada antara undang-undang itu membabitka­n Perlembaga­an Persekutua­n” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH /BH] ?? Dr Mahathir melancarka­n buku Tun Ismail Mohd Ali - Paragon of Trust and Integrity sambil diperhatik­an Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH /BH] Dr Mahathir melancarka­n buku Tun Ismail Mohd Ali - Paragon of Trust and Integrity sambil diperhatik­an Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia