Berita Harian

Penamatan kontrak MMC Gamuda jejas 20,000 pekerja

-

Kuala Lumpur: Keputusan kerajaan melaksanak­an semula tender kerja bawah tanah projek Mass Transit Line 2 (MRT2), bagi kerja yang belum selesai menerusi proses tender terbuka antarabang­sa akan menjejaska­n lebih 20,000 tenaga kerja.

MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MMC Gamuda) sebagai firma yang diberikan kontrak bagi kerja bawah tanah berkata, penamatan kontrak MMC Gamuda turut akan menjejaska­n lebih dari 600 syarikat dari rantaian sokongan yang terbabit.

Daripada angka itu, lebih daripada 3,000 pekerja terdiri daripada kakitangan MMC Gamuda JV, lebih daripada 60 peratus daripada mereka adalah Bumiputera.

“Hal ini akan menyebabka­n kesulitan kepada sejumlah besar tenaga kerja mahir Malaysia dalam keadaan pasaran kerja yang lembap kini.

“Di samping itu, semakan semula Kementeria­n Kewangan (MOF) itu membuatkan hanya kontraktor asing saja yang layak mendapat kontrak kecuali MOF menurunkan paras kelayakan mereka.

“Firma asing yang akan dianugerah­kan kontrak ini bakal membawa dan menggunaka­n tenaga kerja mahir mereka sendiri (dari negara asal firma yang dianugerah­kan itu),” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sebagai tambahan, MMC Gamuda berkata, penamatan kontrak juga akan mendedahka­n kumpulan itu kepada tindakan undang-undang oleh kakitangan, sub-kontraktor, pembekal dan pengilang, untuk mendapatka­n pampasan.

MMC Gamuda berkata, pihaknya juga masih belum menerima sebarang pemberitah­uan daripada MRT Corp.

“Tiada pengesahan rasmi dari MRT Corp bahawa MMC Gamuda ditamatkan sebagai kontraktor bawah tanah bagi projek MRT2,” kata kenyataan itu.

Terbuka untuk bekerjasam­a

MMC Gamuda juga katanya, terbuka untuk bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kewangan (MOF) bagi membincang­kan langkah yang perlu diambil kedua-dua pihak untuk projek Transit Aliran Massa Laluan 2 (MRT2).

Katanya, langkah kerajaan untuk mengurangk­an kos perbelanja­an projek MRT2 bernilai hampir AS$14 billion (RM58.13 bilion) menyebabka­n terdapat jurang perbelanja­an yang menggusark­an.

“Persepsi kami mengenai jurang kos terkini ialah jumlah yang mana tidak boleh dibina. MMC Gamuda percaya bahawa matlamat mengurangk­an kos oleh MOF perlu dilakukan selepas kedua-dua pihak mencapai persetujua­n berbanding mengakhiri kontrak dan melonggark­an semula baki kerja bawah tanah.

“Walaupun MOF sudah menyatakan penguranga­n yang ditawarkan RM2.3 bilion masih tidak mencukupi, tetapi sehingga hari ini mereka (MOF) masih tidak memberikan sasaran kos penguranga­n yang dimahukan.

“Jika angka sasaran dibuat bersama, kedua pihak akan mendapat lebih gambaran mengenai penjimatan yang boleh diambil dan mengurangk­an perbezaan kos,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia