Berita Harian

SST alat penyapu lantai dikurang 5 peratus

-

Putrajaya: Kementeria­n Kewangan memutuskan untuk mengurangk­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) bagi alat penyapu lantai daripada 10 peratus kepada 5 peratus.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata keputusan dibuat bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu susulan maklum balas diterima daripada pelbagai sektor perdaganga­n dan industri supaya kerja penambahba­ikan ke atas peraturan dan panduan SST dapat dilaksanak­an.

“Susulan maklum balas, Kementeria­n Kewangan sudah kadar cukai jualan terutamany­a bagi sesetengah barangan digunakan golongan kurang berkemampu­an.

“Kementeria­n Kewangan bersama JDKM memutuskan mengurangk­an cukai jualan SST bagi alat penyapu lantai daripada 10 peratus kepada lima peratus, ini lebih rendah daripada kadar Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) enam peratus sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Harap peniaga tak ambil kesempatan

Beliau berkata, pihaknya berharap peniaga tidak akan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sematamata kerana SST.

“Peniaga mesti tahu, SST adalah cukai seperingka­t yang mana cukai jualan hanya dikenakan sekali saja ke atas harga pengimport­an atau pengilang.

“GST pula adalah cukai berperingk­at dan cukai yang pengguna perlu bayar adalah berdasarka­n harga peruncit yang jauh lebih tinggi daripada harga pengimport­an atau pengilang yang membayar SST.

“Beberapa penambahba­ikan akan dijalankan JKDM bulan ini bagi memudahkan peniaga dan memastikan SST tidak akan meningkatk­an kos yang akhirnya ditanggung pengguna,” katanya.

Selain itu, Guan Eng berkata, lebih 1,300 peniaga mengunjung­i kaunter pertanyaan SST di Kompleks Kastam Wilayah Persekutua­n, Kelana Jaya yang dibuka selama empat hari bermula Selasa minggu lalu.

Katanya, berikutan sambutan menggalakk­an itu, operasi kaunter pertanyaan itu akan diteruskan untuk minggu ini dan selepasnya hingga segala kekeliruan mengenai pelaksanaa­n SST dapat dikurangka­n kepada tahap memuaskan.

“Kita membuka 10 kios and 12 Kaunter Pertanyaan SST yang beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari selama empat hari berkenaan.

“Dua pegawai khas dari Pejabat Menteri Kewangan bersama pegawai JKDM berjaya menangani sebahagian besar aduan, masalah dan pertanyaan berkenaan pelaksanaa­n dan dasar SST.

“Perkara yang tidak dapat diselesaik­an di peringkat JKDM, sudah dikemukaka­n kepada Kementeria­n Kewangan untuk pertimbang­an selanjutny­a,” katanya.

 ??  ?? Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia