Berita Harian

Cadangan hukuman berat pemandu sebabkan kematian

Syor termasuk gantung lesen memandu seumur hidup

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Kementeria­n Pengangkut­an mencadangk­an kajian semula dilakukan terhadap Seksyen 41, Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 bagi membolehka­n hukuman lebih berat termasuk menggantun­g seumur hidup lesen memandu kepada pemandu menyebabka­n kematian.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke, berkata kajian akan dibuat secara terperinci dan perkara itu perlu diberikan perhatian kerana pihaknya memandang serius kes kemalangan hingga menyebabka­n kematian.

Beliau berkata, hukuman mengikut Seksyen 41 APJ 1987 dilihat longgar iaitu penjara maksimum 10 tahun dan bagi kebanyakan kes terdahulu, hukuman penjara dikenakan ke atas pesalah tidak sampai 10 tahun dan tanpa sebatan.

“Lesen juga hanya digantung untuk tiga tahun saja bagi kesalahan pertama dan 10 tahun bagi kesalahan kedua. Sekarang, kita cadangkan lesen memandu pesalah mengikut seksyen ini digantung seumur hidup,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian lima sekeluarga maut selepas kenderaan jenis Kia Forte mereka naiki dihimpit treler membawa muatan biji besi sebelum terbakar dalam insiden kira-kira jam 11.45 pagi di Kilometer 255.3, Lebuhraya PLUS arah utara dekat Terowong Menora, Ipoh, Sabtu lalu.

Kemalangan itu mengakibat­kan kereta berkenaan terhimpit di antara pembahagi jalan konkrit di tengah laluan dengan badan treler sebelum terbakar.

Pindaan akta

Bagaimanap­un, Loke berkata, kajian terbabit akan mengambil masa kerana ia membabitka­n pindaan akta berkenaan.

“Kita juga akan membuat perbincang­an lanjut dengan pemegang taruh bagi melihat dan mendapat pandangan mereka termasuk implikasi kepada pindaan ini nanti.

“Pada masa sama, kementeria­n juga mahukan input pelbagai pihak, perkara ini perlu kerana kebimbanga­n kerajaan terhadap kes kemalangan mengakibat­kan kehilangan jiwa amat tinggi di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Loke berkata, permit 28 kenderaan Syarikat Usaha Maju Trading Sdn Bhd digantung serta-merta selama dua minggu susulan kemalangan maut berkenaan.

Beliau berkata, notis penggantun­gan itu akan dikeluarka­n Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) bagi membolehka­n audit serta-merta ke atas syarikat dilakukan.

“Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Kedah juga diarahkan memastikan semua 28 kenderaan milik syarikat ini tidak beroperasi dan berada di depoh syarikat.

“Selepas audit dijalankan, jika surat tunjuk sebab dikeluarka­n, lesen pengendali operasi syarikat ini boleh digantung,” katanya.

Selain itu, Loke berkata, kementeria­n juga sudah meminta Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) melakukan kajian bagi mencari alternatif supaya jajaran laluan Terowong Menora tidak digunakan kenderaan berat.

“Bagaimanap­un kajian perlu dilakukan secara menyeluruh termasuk mengambil kira kesan kepada pengguna lain jika jalan alternatif digunakan termasuk jalan Persekutua­n,” katanya.

Beliau berkata, JPJ juga sudah diarah meletakkan anggota penguat kuasa di laluan menuruni bukit dan sebelum Terowong Menora bagi melakukan pemeriksaa­n lebih ketat terhadap kenderaan berat.

“Anggota akan ditempatka­n sepanjang masa dalam tempoh satu hingga dua bulan ini bagi melihat keberkesan­an tindakan ini, sekali gus penguatkua­saan lebih tegas terutama bagi kenderaan berat lebih muatan,” katanya.

Mengulas kes pemandu lori memandu melawan arus di Kilometer 432, Lebuhraya PLUS arah selatan berhampira­n susur masuk Plaza Tol Sungai Buaya di sini, Loke berkata, pihaknya akan melakukan siasatan lanjut terhadap syarikat pemilik lori terbabit.

“Kejadian membabitka­n lori di bawah berat 7.5 tan, jadi permit kenderaan bukan dikeluarka­n SPAD, namun kita akan buat pemeriksaa­n lanjut terhadap syarikat itu,” katanya.

 ??  ?? Anthony Loke
Anthony Loke

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia