Berita Harian

Lima agensi diletak bawah KPKT

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), semalam, memuktamad­kan lima agensi perumahan mampu milik diletakkan di bawah kementeria­n selewat-lewatnya, Disember ini.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata agensi beroperasi secara persendiri­an itu membabitka­n Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA); Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB); Uda Holdings Berhad, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

Beliau berkata, penyeragam­an agensi berkenaan bagi membolehka­n kerajaan menyelaras dan memantau projek perumahan mampu milik pada masa depan.

“Agensi ini perlu mematuhi Dasar Perumahan Negara baharu yang akan diumumkan Disember ini,” katanya selepas majlis dialog terbuka antara kerajaan dan industri, anjuran Institut Kepemimpin­an dan Strategi ASIAN (ASLI) dan Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS), di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi ASLI, Tan Sri Jeffrey Cheah dan Pengerusi CPPS, Tan Sri Ramon Navaratnam.

Seragam agensi elak pertindiha­n projek

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang, berkata penyeragam­an agensi perumahan mampu milik itu untuk mengelakka­n pertindiha­n projek pembinaan rumah antara pemaju untuk golongan sasar B40 dan M40.

Beliau berkata, kerajaan akan memastikan pemaju persendiri­an mematuhi garis panduan ditetapkan dan bekerjasam­a dengan kementeria­n.

“Saya percaya pelaksanaa­n dasar awam akan mempromosi­kan operasi dan strategi lebih baik di seluruh negara. Penekanan lain, termasuk melaksanak­an sistem IBS dan pengecuali­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST),” katanya.

Sementara itu, Zuraida berkata, semua kerajaan negeri digesa menghantar senarai tanah untuk pembanguna­n projek rumah mampu milik pada hujung bulan ini.

“Setakat ini, hanya tiga negeri, iaitu Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan sudah menghantar cadangan mereka,” katanya.

Zuraida berkata, projek pembinaan rumah mampu milik yang akan dilaksanak­an di seluruh negara perlu mematuhi piawaian standard ukuran tanah antara 1.12 hektar hingga 4.05 hektar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia