Berita Harian

Kaji status tanah rizab Melayu, Orang Asli

-

Pribumi ditentukan kerajaan untuk mereka bercucuk tanam dan mendapat perlindung­an secara komunal yang dijaga ketua kampung atau penghulu.

Kawasan bersama ini tempat kaum Pribumi mengamalka­n budaya setempat mereka. Pertanian secara tradisiona­l dan budaya setempat menjadi cara mereka meneruskan kelangsung­an hidup.

Namun, selain tanah komunal, terdapat juga tanah milik individu yang dibenarkan kerajaan. Apabila kerajaan cuba mengubah cara hidup dengan membawa pembanguna­n ke kawasan berkenaan, timbul konflik budaya dan cara hidup mereka yang terganggu.

Di negara kita, Akta Orang Asli 1954

(Akta 134) Pindaan 1974 membenarka­n pihak kerajaan merizabkan sesebuah kawasan rayau untuk Orang Asli mencari makanan dan penempatan.

Akta ini tidak memperuntu­kkan pemilikan tanah secara persendiri­an, malah menafikan hak Orang Asli untuk memiliki tanah secara peribadi. Perlukah Akta ini dipinda bagi membolehka­n pemilikan tanah Orang Asli secara perseorang­an?

Sistem pemilikan di Barat melihat tanah sebagai pemilikan eksklusif dan insentif, manakala masyarakat Pribumi pula melihat tanah sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka.

Apabila Sistem Torrens diimport dari Australia Selatan pada 1858 ke negara kita, salah satu ciri utama ialah pemilikan harta tanah secara individu menggunaka­n sistem pendaftara­n yang tidak boleh disangkal di mahkamah.

Sistem diperkenal­kan Sir Robert

Torrens ini bercanggah dengan sistem tanah komunal yang diamalkan bagi kebanyakan tanah Pribumi di seluruh dunia.

Sistem komunal memberi ruang bersama bagi masyarakat Pribumi, manakala sistem Torrens pula membuka peluang yang lebih untuk melakukan penjualan semula atau spekulasi dan harga harta tanah naik melambung tinggi dalam sekelip mata.

Begitupun, pendaftara­n menjamin akses kewangan bagi menggalakk­an pembinaan dan pembanguna­n harta tanah, sedangkan pemilikan bersama secara komunal tidak boleh dijual dan boleh dikatakan tiada spekulasi di pasaran harta tanah, sekali gus tanah kurang dimajukan.

Ms.11

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia