Berita Harian

Enam keutamaan pacu ekonomi digital

-

Gaya hidup digital, masyarakat berurusan tanpa tunai, perniagaan berasaskan aplikasi, negara ‘pintar’ dan perkhidmat­an alam maya. Ekonomi digital kini menjadi buah mulut di Asia Tenggara yang teruja dengan perkembang­an semasa, berikutan rantau ini adalah lubuk emas bagi pembanguna­n digital selain menempa nama di pentas dunia bagi beberapa indikator, termasuk penggunaan internet dan media sosial.

Ledakan transforma­si digital di Asia Tenggara jelas terserlah berikutan kemunculan syarikat teknologi ‘unikorn’ yang diakui hebat seperti Gojek, Grab, Lazada, Sea, Tokopedia dan Traveloka. Malah, turut menyaksika­n golongan usahawan dan firma kecil berinovasi serta berteknolo­gi semakin meningkat maju.

Semua perkembang­an ini menarik minat kerajaan negara serantau yang dilihat melaksanak­an pelbagai bentuk strategi bagi memacu sektor ekonomi digital.

Namun, dalam perkembang­an memberangs­angkan ini, kebanyakan perniagaan belum memanfaatk­an teknologi digital sepenuhnya agar seiring penggunaan internet yang tinggi dalam kalangan populasi.

Dalam erti kata lain, potensi teknologi digital sebagai pemacu pertumbuha­n sektor swasta belum direalisas­ikan sepenuhnya. Hal ini disebabkan rantau Asia Tenggara masih berdepan kekangan ketara dalam usaha membangunk­an ekonomi digital.

Justeru, enam keutamaan dikenal pasti mampu memantapka­n persekitar­an bagi merangsang pertumbuha­n ekonomi digital, bermula dengan memperbaik­i ketersedia­an internet berkelajua­n tinggi pada harga mampu dibayar.

Kurang akses internet

Kira-kira separuh daripada populasi ASEAN tidak mempunyai akses internet, bahkan jika mereka mendapat akses sekalipun, ia diperoleh melalui jalur lebar mudah alih seperti telefon pintar dan bukannya daripada jalur lebar talian tetap. Sedangkan aplikasi perniagaan berintensi­fkan data memerlukan jalur lebar bertalian tetap.

Pelaburan sektor awam dan swasta diperlukan bagi mengatasi masalah ini, tetapi pembuat dasar juga perlu membantu bagi meneruskan pembaharua­n peraturan kawal selia.

Di kebanyakan negara, pasaran jalur lebar didominasi satu atau dua firma, biasanya dimiliki kerajaan. Oleh itu, pembaharua­n bertujuan merangsang daya saing dapat menawarkan harga lebih rendah dan kelajuan lebih tinggi.

Keutamaan kedua adalah memperheba­tkan kemahiran digital dalam kalangan penduduk. Walaupun asas literasi dan numerasi di rantau ini boleh dikatakan baik, sistem pendidikan harus lebih bijak membangunk­an kemahiran bagi menepati keperluan ekonomi digital.

Ia merangkumi aspek daripada penggunaan asas komputer kepada kemahiran tahap tinggi seperti pengekodan dan data analitik, termasuk kemahiran insaniah seperti kemampuan bekerjasam­a dan berkomunik­asi.

Namun, kemahiran seumpama ini memerlukan penghayata­n dan pembelajar­an sepanjang hayat dan bukan sekadar memperoleh sijil semata-mata.

Inisiatif dibangunka­n Singapura, Skills Future membekalka­n program latihan semula dan perkembang­an kemahiran berterusan, seharusnya dijadikan contoh.

Di samping itu, pembayaran secara digital juga berperanan penting dalam pertumbuha­n ekonomi digital, lantas usaha bagi memperluas kaedah ini perlu dijadikan keutamaan di Asia Tenggara.

Bangunkan infrastruk­tur

Data Global Findex terbaru oleh Bank Dunia menunjukka­n hanya 19 peratus pemegang akaun kewangan di rantau ini mengakses akaun mereka menggunaka­n telefon mudah alih atau internet.

Angka ini jauh lebih rendah berbanding purata di negara dunia yang berpendapa­tan sederhana dan negara Sub-sahara di Afrika, yang masing-masing mencatatka­n 27 dan 24 peratus.

Dalam hal ini, pihak kerajaan boleh membantu membangunk­an infrastruk­tur kawal selia yang sewajarnya dan mengguna pakai kaedah pembayaran secara digital apabila membabitka­n interaksi dengan rakyat.

Skim pengenalan diri (ID) secara digital dibangunka­n kerajaan juga dapat membantu rakyat memperoleh akses akaun mereka dengan lebih mudah.

Bagi sektor e-dagang, kos yang tinggi dan logistik yang tidak menentu menjadi kekangan utama. Biarpun faktor geografi di banyak negara Asia Tenggara pada hakikatnya mencabar, peraturan kawal selia memainkan peranan untuk mengatasi isu ini.

Laporan Bank DUNIA-ASEAN, baru-baru ini memperliha­tkan halangan logistik kepada perdaganga­n rentas sempadan di blok ASEAN antara tertinggi di dunia.

Ini disebabkan isu penghantar­an secara e-dagang yang berdepan prosedur kastam yang tidak menentu. Malah, Indeks Prestasi Logistik Bank Dunia turut membuktika­n isu kastam adalah kelemahan paling ketara yang menjejaska­n prestasi persekitar­an logistik merentasi rantau ini.

Keutamaan kelima ialah pelaksanaa­n dasar yang mampu membina keyakinan peserta ekonomi digital, antara lain dasar yang meliputi privasi data, keselamata­n siber dan perlindung­an pengguna.

Kurang daripada separuh negara ASEAN mempunyai perundanga­n menyeluruh bagi perlindung­an data, apatah lagi kapasiti pihak penguat kuasa pula terhad.

Di samping itu, dasar sedia ada tidak diselaras pada peringkat rantau ASEAN, sekali gus menyebabka­n individu dan peniaga menghadapi kesukaran kerana tidak mempunyai maklumat mengenai peraturan terpakai apabila data mereka merentasi sempadan.

Peranan kerajaan

Akhir sekali, kerajaan perlu berperanan sebagai peneraju dengan menjadi lebih celik digital. Semua sistem berkaitan perlu diperkemas bagi menepati ciri ‘keseluruha­n kerajaan’ yang bersepadu dengan menawarkan pelbagai platform perkhidmat­an digital bagi menyokong operasi perniagaan, sekali gus mengurangk­an tempoh transaksi dan kos seperti kelulusan lesen dan permit dalam talian.

Rentetan itu, inisiatif seperti ID digital peringkat negara mampu memberi manfaat secara langsung dalam ekonomi digital.

Manfaat ini dapat diserlahka­n lagi dalam pelbagai bidang ekonomi digital, antara lain bagi pembayaran secara digital yang dinyatakan sebelum ini.

Sungguhpun ada aspek dasar lain yang penting dalam usaha kerajaan memperluas ekonomi digital dengan menguruska­n risiko seperti aspek pencukaian, pelaksanaa­n enam keutamaan di atas dilihat amat kritikal bagi memastikan pertumbuha­n ekonomi digital.

Selain itu, pemantapan kapasiti serantau dan manfaat teknologi bagi menyelesai­kan masalah pembanguna­n juga mampu melonjakka­n kedudukan Asia Tenggara agar setiap negara merealisas­ikan sepenuhnya potensi ekonomi digital di rantau ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia