Berita Harian

Pemilikan tanah perlu sesuai tuntutan semasa

-

Menurut Hernando de Soto, seorang pengkaji tanah, harta yang dimiliki puak pribumi dikenali sebagai modal mati atau dead capital.

Justeru, sistem pemilikan tanah yang ada di negara kita nampaknya pelbagai dan mengikut kesesuaian masyarakat yang memerlukan­nya.

Sistem Pendaftara­n Torrens membenarka­n pemilikan individu, mudah dijual beli di pasaran dan menyebabka­n berlaku peningkata­n harga harta tanah di pasaran, sebaliknya harta komunal tidak boleh dijual beli di pasaran dan menyebabka­n harga tanah boleh dikawal.

Sebagai contoh, mengikut Akta Tanah 1897, Kawasan Penempatan Melayu (MAS) di Kampung Baru, Kuala Lumpur diperkenal­kan Maxwell, iaitu Residen British di Selangor ketika itu.

Tanah MAS dikurniaka­n Sultan Abdul Samad secara ‘Kawasan Diluluskan’ atau approved areas (AA) tanpa pemilikan individu bagi setiap lot di kawasan seluas kirakira 40 hektar berkenaan.

Kemudian bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris, pada 1970-an mengurniak­an lot-lot perseorang­an apabila beliau memperkena­lkan skim pinjaman perumahan bagi kawasan berkenaan.

Harga tanah rendah

Terdapat juga tanah tertentu seperti tanah rizab Melayu yang hanya boleh dijual beli dalam kalangan kaum Melayu mengikut Enakmen Rezab Melayu (1913). Ia menyebabka­n secara umumnya, nilai dan harga tanah rendah dan meningkat dengan kadar perlahan.

Tanah Adat Melaka atau Malacca Customary Land (MCL) diperuntuk­kan secara hak milik individu dan sudah banyak dimajukan dengan jayanya. Begitu juga dengan tanah wakaf yang tidak boleh dijual beli secara langsung di pasaran terbuka, namun nilainya tidak dipengaruh­i.

Tanah Native Customary Landrights (NCR) di Sarawak pula dikurniaka­n secara komunal dan masih tidak membabitka­n lot individu. Keadaan ini menjadi halangan apabila RISDA menghadapi masalah untuk memajukann­ya sedikit masa dahulu.

Justeru, untuk memajukan tanah komunal atau rizab Orang Asli, satu sumbang saran sudah dikemukaka­n pada Kongres Ekonomi Baharu Bumiputera barubaru ini di Kuala Lumpur supaya satu kajian mendalam mengenai pemilikan tanah dilakukan pihak kerajaan.

Kepelbagai­an pemilikan tanah, terutama sekali tanah rizab Melayu dan tanah wakaf perlu dilihat semula di bawah satu pelan reformasi tanah negara.

Daripada dapatan kajian ini, baru kita mengetahui keperluan mengubah suai status dan syarat pemilikan tanah, sama ada sudah sampai masa untuk diubah suai atau dikekalkan selaras perubahan dan kehendak rakyat.

Ia juga mengambil kira isu semasa seperti harga rumah yang sentiasa meningkat, kemiskinan bandar, kos sara hidup yang tinggi dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia