Berita Harian

Chan patut fokus isi kempen

-

Port Dickson: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Stevie Chan, sepatutnya memberi fokus terhadap kandungan kempen pilihan rayanya berbanding membawa isu lain di luar pengetahua­nnya.

Calon Pakatan Harapan (PH) PRK Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata semua program yang diumumkan dalam kempen pilihan raya membabitka­n pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya mewakili kerajaan.

“Ini (program oleh) NGO tak ada kena mengena dengan kerajaan.

‘Buatlah apa pun’

“Dia (Chan) buatlah apa pun, dia patut terangkan apa yang nak buat untuk Port Dickson,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita perjumpaan makan tengah hari dengan kira-kira 70 peniaga kecil Waterfront di sini, semalam.

Beliau mengulas tindakan Chan yang membuat laporan polis semalam, mendakwa Anwar melanggar Akta Pilihan Raya 1954 sepanjang kempen.

Chan, 51, membuat laporan terhadap Ketua Umum PKR itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Katanya, tindakan Anwar menjanjika­n projek besar dan melancarka­n program tuisyen percuma pada kempen PRK Parlimen Port Dickson adalah melanggar peraturan kempen bersih dan telus.

Tindakan memaklumka­n kepada pengundi mengenai projek diperoleh dan menaja program tuisyen berkenaan, katanya, dipercayai melanggar Seksyen 10(a) dan 10(b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana menyogok.

Mengulas program tuisyen yang dilancarka­n itu, Anwar berkata: “Itu (pdtuition.com) projek, habis tu kita tak boleh tolong orang Port Dickson ke?” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia