Berita Harian

TPM pertahan kosongkan kerusi Parlimen

-

Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertaha­nkan langkah mengosongk­an kerusi Parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada suaminya untuk kembali ke Dewan Rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinafikan haknya beberapa kali untuk bertanding pada pilihan raya selama 10 tahun kerana dipenjara.

“Kita adakan pilihan raya ini kerana Anwar beberapa kali dihalang untuk bertanding, oleh sebab itu saya menggesa rakyat supaya mengundi beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Ceramah Mega Mahathir-anwar Gandingan Mantap Harapan Malaysia di PD Waterfront, di sini, malam tadi.

Pertanding­an tujuh penjuru

Yang turut hadir, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH); Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dan Anwar selaku calon PH.

Anwar berdepan pertanding­an tujuh penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, termasuk daripada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dan bekas pembantu peribadiny­a, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Terdahulu, pada program ramah mesra bersama penduduk di Tokong Kong Fu, Pasir Panjang, di sini, Dr Wan Azizah berkata, PRK itu adalah peluang terbaik membawa Anwar kembali ke Parlimen selepas haknya dinafikan beberapa kali sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia