Berita Harian

Sukar elak soalan masa lampau: Mohd Saiful

-

Port Dickson: Calon Bebas, Mohd Saiful Bukhari Azlan, mengakui sukar mengelak soalan orang ramai mengenai masa lampaunya sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

“Saya tidak mahu menjadikan kisah lama sebagai modal berkempen tetapi saya juga tidak boleh mengelak daripada soalan itu.

“Ke mana pun pergi, saya ditanya oleh orang ramai mengenai perkara masa lalu sehinggaka­n saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk memberi penerangan lagi.

“Walau apa pun, saya tetap bertegas mahu memastikan kempen dijalankan secara bersih,” katanya di sini, semalam.

Mohd Saiful Bukhari, 33, pernah menjadi bekas pembantu khas calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada Jun 2008, usahawan muda itu membuat laporan polis mendakwa diliwat Anwar di sebuah kondominiu­m di Kuala Lumpur.

Pada Februari 2015, Mahkamah Persekutua­n menjatuhka­n hukuman penjara tiga tahun terhadap Anwar selepas didapati bersalah, namun beliau mendapat pengampuna­n penuh Yang di-pertuan Agong pada 16 Mei lalu.

Berhak berkempen secara adil

Dalam perkembang­an lain, Mohd Saiful Bukhari mempertaha­nkan pendirian semua calon PRK Parlimen Port Dickson berhak berkempen bagi meraih sokongan dan undi secara adil.

Katanya, hak berkenaan perlu dilakukan tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik kenyataan Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun, supaya setiap calon yang bertanding diberi peluang berkempen sama rata.

“Saya berterima kasih kepada Pengerusi SPR kerana memahami semua calon perlu diberi peluang berkempen secara sama rata,” katanya.

Azhar dalam satu kenyataan semalam, menyaranka­n pihak kem tentera dan Kementeria­n Pertahanan memberi peluang berkempen sama rata kepada semua calon, tertakluk kepada prosedur keselamata­n kem.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia