Berita Harian

7,191 pengundi awal PRK Port Dickson

-

Port Dickson: Seramai 7,191 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson akan melaksanak­an tanggungja­wab mereka, hari ini.

Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun, berkata jumlah itu membabitka­n 555 anggota polis dan pasangan serta 6,636 anggota tentera.

Beliau berkata, anggota tentera dan pasangan mereka akan mengundi di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) dan Dewan Serba guna, Kem Segenting, manakala anggota polis akan mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.

17 saluran pusat pengundian awal dibuka

“Sebanyak 17 saluran pusat pengundian awal yang akan dibuka jam 8 pagi hingga 5.30 petang, kecuali di IPD Port Dickson ditutup awal jam 12 tengah hari kerana jumlah pengundi yang sedikit.

“Proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen calon yang bertanding di samping pemerhati pilihan raya daripada wakil organisasi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh SPR,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Azhar berkata, kertas undi awal tidak akan dikira di tempat mengundi, sebaliknya peti undi berkenaan akan disimpan di lokap balai polis.

Katanya, pengiraan undi awal akan dijalankan selepas hari pengundian, Sabtu ini.

“Pengiraan dilakukan secara berkelompo­k di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR dengan disaksikan ejen calon dan pemerhati pilihan raya,” katanya.

 ??  ?? Azhar Azizan Harun, Pengerusi SPR
Azhar Azizan Harun, Pengerusi SPR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia