Berita Harian

Sanggup ulang-alik 200km setiap hari

-

Port Dickson: Jarak tidak menjadi penghalang bagi calon Bebas, Kan Chee Yuen, berkhidmat kepada rakyat di Port Dickson, terutama dalam memajukan ekonomi penduduk setempat.

Mengakui perlu berulang-alik sejauh hampir 200 kilometer (km) setiap hari sejak memulakan kempen pada 3 Oktober lalu kerana menetap di Kuala Lumpur, Chee Yuen, tidak menjadikan faktor itu sebagai halangan.

Beliau tiba di Port Dickson seawal jam 6 pagi setiap hari dan pulang semula ke ibu negara pada lewat malam.

“Saya tiada masalah tidur antara empat hingga lima jam sehari kerana ia rutin harian sebelum menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Sasar golongan peniaga

“Saya mempunyai perancanga­n rapi sebelum memulakan kempen selain meletakkan sasaran pengundi dalam kalangan peniaga.

“Justeru, saya lebih banyak berkempen di kawasan perniagaan seperti di Lukut dan Port Dickson.

“Jika mahu ke peringkat akar umbi agak sukar, tambahan pula saya kekurangan jentera.

“Oleh itu, saya lebih kerap bertemu peniaga kerana dekat dengan manifesto saya membantu meningkatk­an ekonomi Port Dickson,” katanya ditemui ketika melakukan tinjauan mesra di pusat perniagaan Dataran Segar di sini, semalam.

Sasar majukan ekonomi

Memilih lambang pen, Chee Yuen berkata, langkah pertama bakal diambil jika terpilih sebagai wakil rakyat ialah mempertemu­kan semua peniaga dan pelabur untuk memajukan ekonomi.

Beliau melihat Port Dickson membangun dalam industri solar dan dijadikan sebagai tumpuan, selain industri pelanconga­n yang penting dalam mempopular­kan daerah ini.

 ??  ?? Chee Yuen mengedarka­n risalah kepada penduduk setempat ketika berkempen di Dataran Segar, Port Dickson, semalam.
Chee Yuen mengedarka­n risalah kepada penduduk setempat ketika berkempen di Dataran Segar, Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia