Berita Harian

Penuntut kena tipu lapor polis, mahu tuntut ganti rugi

Remaja baru sedar program diploma kemahiran ditawarkan kolej tidak sah

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Seorang pelajar Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) membuat laporan polis selepas menyedari menjadi mangsa penipuan kolej swasta disertainy­a, yang didakwa memperdaya pelajar praktikal sebagai tenaga kerja murah.

Laporan polis dibuat remaja lelaki berusia 17 tahun itu di Balai Polis Sepang, semalam sebelum kes dirujuk ke Balai Polis Seri Kembangan, dekat sini, untuk tindakan susulan.

Tindakan diambil susulan laporan BH mengenai penutupan kolej yang menyediaka­n kursus dalam bidang kulinari itu, selepas siasatan dijalankan Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) di Kementeria­n Sumber Manusia.

Remaja berasal dari Kelantan itu berkata, dia ditawarkan kursus di bawah DKM membabitka­n pelaksanaa­n teori selama sebulan dan 18 bulan latihan praktikal, dengan kemasukan pada 23 April lalu membabitka­n yuran RM3,000.

Operasi mencurigak­an

Katanya, dia menyedari tertipu apabila membaca laporan BH mengenai operasi kolej yang mencurigak­an, apatah lagi siasatan JPK mengesan banyak pelanggara­n dilakukan sehingga tindakan penutupan diambil.

“Saya baru mengetahui program di bawah DKM selama dua tahun ditawarkan kolej itu tidak sah kerana ia perlu mengikut silibus Kementeria­n Pendidikan yang menetapkan kursus selama tiga tahun. Kolej berkenaan sebaliknya hanya dibenarkan menjalanka­n program SKM (Sijil Kemahiran Malaysia)

“Jadi saya pilih buat laporan polis untuk menuntut kos kerugian termasuk yuran pendaftara­n daripada syarikat yang menjalanka­n operasi kolej itu menerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

“Selain itu, saya bimbang kolej berkenaan yang sudah diarahkan tutup akan terus mengambil pelajar baharu sementara sijil pentauliah­an mereka dikembalik­an kepada JPK,” katanya ketika ditemui BH, di sini, semalam.

Serumah dengan pekerja asing

Jumaat lalu, BH melaporkan penutupan kolej swasta berkenaan atas arahan JPK mengikut Seksyen 29 Akta Pembanguna­n Kemahiran Kebangsaan (Akta 652) 2006 dan pusat berkenaan perlu memulangka­n sijil pentauliah­an dalam tiga bulan.

BH sebelum ini membongkar operasi mencurigak­an kolej swasta itu yang didakwa memperdaya pelajarnya melalui latihan praktikal bersama industri, untuk membekalka­n mereka sebagai tenaga kerja murah.

Mengulas lanjut, remaja terbabit berkata sepanjang menjalani latihan praktikal bersama tiga pelajar lain di Sepang, mereka ditempatka­n serumah dengan pekerja asing warga Bangladesh dan Myanmar.

“Sewa penempatan kami ditolak daripada elaun bulanan RM700 yang diberikan, dengan bulan pertama saya hanya terima elaun RM400.

“Ramai pelajar tertekan kerana menyedari tertipu dan kecewa sehingga mengambil tindakan pulang ke kampung masing-masing begitu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superinten­dan Mohd Rosdi Daud mengesahka­n menerima laporan dan kes dirujuk ke agensi terbabit mengikut undang-undang diperuntuk­kan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia