Berita Harian

LZS lulus RM10,000 bantuan sara hidup

-

Shah Alam: Lembaga Zakat Selangor (LZS) meluluskan sumbangan bantuan sara hidup RM10,000 kepada keluarga enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang lemas di Puchong, minggu lalu.

Bantuan berkenaan akan diterima setiap keluarga anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang maut ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja berusia 17 tahun di bekas lombong di Taman Putra Perdana pada Rabu lalu.

Ketua Pegawai Penyelaras LZS, Abdul Basith Hamid, berkata jumlah keseluruha­n bantuan sebanyak RM60,000 akan disampaika­n kepada keluarga wira negara itu tidak lama lagi.

Ringan beban keluarga

“Kita berharap bantuan ini dapat meringanka­n beban kehidupan isteri dan anak yang ditinggalk­an, selain mengucapka­n takziah kepada seluruh anggota keluarga, sahabat serta rakan sekerja enam anggota bomba yang syahid ketika menjalanka­n tugas itu,” katanya berucap pada Majlis Serahan Sumbangan Tabung Kebajikan Pesakit Hospital di Hospital Shah Alam (HSA), di sini, semalam.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaik­an sumbangan terbabit.

Dalam kejadian pada jam 9.15 malam 3 Oktober lalu, enam penyelam PPDA maut ketika menjalanka­n operasi SAR seorang remaja terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.

Mereka yang terkorban ialah empat anggota Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang iaitu Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.

Dua lagi mangsa dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25. Semua mangsa berasal dari Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, prihatin dengan masa depan keluarga enam anggota bomba berkenaan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jawatankua­sa Bertindak Suara Rakyat, mengambil inisiatif mengemukak­an saman ganti rugi terhadap pihak terbabit.

Pengerusin­ya, Tony Tan, berkata pihaknya melantik firma guaman diwakili peguam Datuk Kamarudin Ahmad, bagi membantu keluarga berkenaan mendapatka­n tuntutan ganti rugi sewajarnya demi kelangsung­an hidup mereka.

Katanya, pelbagai kemungkina­n boleh berlaku kepada waris mangsa seperti kehilangan tempat tinggal di kuarters kerajaan dan hilang punca pendapatan.

“Ini adalah inisiatif NGO supaya pampasan sewajarnya diberikan memandangk­an keluarga mangsa turut mempunyai anak kecil.

“Kita akan berjumpa keluarga dalam masa terdekat dan jika mereka setuju, kita akan meneruskan saman berkenaan,” katanya di sini, semalam.

 ?? [FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] ?? Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaik­an cek sumbangan kepada Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Azman Abu Bakar (kanan) sambil diperhatik­an Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS), Tan Sri Syed Anwar Jamalullai­l, pada Majlis Serahan Sumbangan Tabung Kebajikan Pesakit Hospital di Shah Alam, semalam.
[FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaik­an cek sumbangan kepada Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Azman Abu Bakar (kanan) sambil diperhatik­an Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS), Tan Sri Syed Anwar Jamalullai­l, pada Majlis Serahan Sumbangan Tabung Kebajikan Pesakit Hospital di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia