Berita Harian

Rumah ranap sekelip mata dibadai tsunami

Ombak setinggi pokok kelapa turut ragut nyawa penduduk

-

Matanya suram merenung kosong jauh ke arah laut dan fikirannya masih bercelaru memikirkan bagaimana laut yang begitu tenang bukan sahaja memusnahka­n seluruh kebahagiaa­nnya sekeluarga, malah ribuan penduduk lain yang menetap di pesisir Pantai Talise di sini.

Rosman Hasarudin, 47, berkata kejadian pada petang 28 September lalu yang menyebabka­n laut menggulung setinggi pokok kelapa, melenyapka­n rumah didiami sejak berpuluh tahun lalu.

Beliau yang ditemui wartawan hanya mampu duduk lesu pada tangga batu di tapak peninggala­n rumahnya dan tangga itu satusatuny­a bahagian rumah yang terselamat tidak dihanyutka­n ombak tsunami.

“Hanya 30 saat, mungkin lebih cepat daripada itu...ombak tsunami muncul ganas dan memecahkan dinding kayu rumah sebelum mencabut semua tiang dan bumbung.

“Ombak kedua lebih besar kemudian datang sebelum menyapu bersih seluruh isi rumah. Hanya tangga hadapan rumah ini yang tidak dibawa ombak,” katanya yang bekerja di sebuah kuari batu berhampira­n.

Rosman berkata, dua motosikal dan kereta miliknya juga turut lenyap dan tidak ditemui hingga kini.

Walaupun terselamat, dia bersama lapan ahli keluarga lain bingung memikirkan sampai bila terus menghuni khemah `pelarian’ bencana di atas bukit, tanpa tandas dan air bersih, selain tiada bekalan elektrik.

“Ada yang ajak berpindah ke kabupaten (daerah) atau kota lain dan mulakan hidup baharu di sana, namun kami tiada wang dan saudara-mara lain,” katanya.

Hanya tinggal lantai

Seorang lagi mangsa, Winda Lantauba, 48, dan suaminya, Sudarman Majid, 52 ,hanya mampu mengumpul sisa periuk, sudu dan pinggan daripada tinggalan tapak rumah mereka yang musnah akibat tsunami.

“Rumah besar kami terletak kurang 100 meter dari gigi pantai Talise, kini hanya tinggal lantai simen dan kayu buruk,” katanya.

Winda berkata, dia sempat menggendon­g dua cucunya, Lingar Idrus, 5, dan Afifah Idrus, 2, sebelum lari ke arah bukit terletak hampir satu kilometer dari pantai.

“Saya masih ingat ombak tsunami mengejar laju dan ramai mangsa terjatuh ketika berlari serta lenyap ditelan gelombang tsunami. Mereka mati begitu saja,” katanya.

Dia turut menitis air mata sesekali mencium dua cucunya yang merintih haus lapar.

Kanak-kanak di Palu kembali ke sekolah, semalam selepas 10 hari dilanda gempa bumi serta tsunami. Pelajar itu, termasuk dari sekolah menengah hadir beramai-ramai untuk membersihk­an kelas, membantu mengumpul data jumlah pelajar yang kembali ke sekolah selepas derita akibat bencana teruk itu.

Ketika sama, pihak berkuasa menyebut hampir 2,000 jenazah sudah ditemui daripada kawasan dilanda malapetaka itu ketika misi mencari mangsa berakhir di sebuah hotel yang musnah susulan gempa kuat pada 28 September lalu.

Angka korban bencana di Sulawesi itu meningkat kepada 1,944, menurut seorang jurucakap tentera tempatan, M Thohir.

“Angka maut dijangka mening- kat kerana kami belum menerima arahan untuk menghentik­an mencari mangsa,” kata Tohir, semalam.

Amat sedih lihat sekolah

“Amat menyedihka­n apabila melihat keadaan sekolah kami,” kata Dewi Rahmawati, 17, yang bakal menamatkan persekolah­an, tahun depan dan berhasrat menyambung pengajian dalam bidang ekonomi di universiti.

Semua mereka pergi ke sekolah selepas menerima arahan yang disebarkan menerusi laman sosial Facebook dan laman Whatsapp.

Pengetua sekolah, Kasiludin berkata, pihak berkuasa mengarahka­n semua guru hadir ke sekolah bermula semalam untuk merekodkan jumlah pelajar.

“Kami tidak akan memaksa pelajar untuk kembali ke sekolah kerana ramai yang masih dalam keadaan trauma. Tetapi kami perlu bermula segera untuk memulihkan kembali semangat mereka dan agar mereka tidak ketinggala­n.

“Sekolah ini kehilangan tujuh orang pelajar dan seorang guru,” katanya.

Setakat ini sejumlah 683 penduduk yang hilang masih gagal dikesan, manakala 2,549 lagi mangsa cedera.

 ?? [FOTO MOHD JAMULUL ANBIA/BH] ?? Rosman hanya mampu duduk di tangga rumahnya yang hilang dipukul badai tsunami
[FOTO MOHD JAMULUL ANBIA/BH] Rosman hanya mampu duduk di tangga rumahnya yang hilang dipukul badai tsunami
 ??  ??
 ??  ??
 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Kanak-kanak sekolah mendapat pensil warna ketika hadir ke sekolah di sebuah kem untuk mangsa yang dipindahka­n akibat gempa dan tsunami di Palu, semalam.
[ FOTO REUTERS ] Kanak-kanak sekolah mendapat pensil warna ketika hadir ke sekolah di sebuah kem untuk mangsa yang dipindahka­n akibat gempa dan tsunami di Palu, semalam.
 ??  ?? Pesawat tentera dari Singapura mendarat di Lapangan Terbang Mutiara Sis Al-jufri di Palu, semalam untuk menghantar bantuan makanan.
Pesawat tentera dari Singapura mendarat di Lapangan Terbang Mutiara Sis Al-jufri di Palu, semalam untuk menghantar bantuan makanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia