Berita Harian

Ramai mengemis makanan

-

Bencana gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Palu, Sulawesi, Indonesia, menyebabka­n ramai kanak-kakak di sini, menjadi pengemis makanan di jalanan.

Mereka berkeliara­n membawa kotak atau baldi plastik tanpa malu meminta sumbangan setiap pemandu kenderaan yang melalui kawasan bencana membabitka­n sepanjang pantai Talise, Donggala dan Sigi.

Ternyata bantuan makanan disalurkan kepada mangsa bencana tidak dilakukan secara menyeluruh berikutan masih ramai mangsa terutama di kawasan pedalaman terus menagih simpati.

“Tolong sedekah mi segera atau air minuman, kami lapar. Moga Allah SWT memberkati hidup bapak!,” rintih seorang kanak-kanak yang ditemui wartawan ketika melalui Desa Loli Saluran, Donggala di sini, semalam.

Rajab Alqadry, 10, dan dua rakannya jelas gembira apabila diberikan sumbangan biskut dan beberapa paket mi segera.

“Kami tidak mahu wang...kami mahu makanan dan air minuman. Cuaca amat panas kini,” katanya yang kemudian berlari ke arah sebuah kereta di belakang penulis untuk meminta sumbangan.

Situasi sama turut dilihat sekitar Desa Wani, Pantai Barat Donggala dan Desa Tosale, Benawa Selatan di sini, yang turut dilanda gempa bumi dan tsunami.

Tagih simpati pemandu

Linda Effin, 22, pula terpaksa membawa bayinya Safiah Seykan, 2, untuk menagih simpati pemandu kenderaan melalui kawasan Tipo, Ulujadi di sini.

“Saya perlukan makanan dan air. Kebanyakan orang ramai memberikan mi segera dan botol air.

“Saya berharap ada penyumbang memberikan susu bayi dan makanan berkhasiat,” katanya yang ditemani sepupunya, Effa Layoror, 35.

Difahamkan bencana besar yang berlaku 11 hari lalu menyebabka­n 2,736 sekolah mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan.

Sehingga semalam sesi persekolah­an di sini, masih belum dapat dimulakan lagi.

Sementara itu, angka kematian akibat gempa bumi dan tsunami di Palu sudah melebihi 1,763 mangsa sejak 11 hari lalu, malah dipercayai lebih 5,000 lagi mangsa hilang akibat terbenam dan gagal ditemui sehingga kini.

Bagaimanap­un, sehingga kini, Kerajaan Indonesia masih belum mengisytih­arkan darurat atau status bencana nasional terhadap malapetaka menimpa Palu, Sulawesi Tengah Indonesia.

Ada berpendapa­t tindakan mengisytih­arkan darurat boleh menjejaska­n kedatangan ramai pelancong asing, sekali gus merugikan ekonomi dan sektor pelanconga­n.

Gempa ini dikatakan lebih teruk berbanding gempa bumi di Padang, Sumatera pada 2009 atau di Pidie Jaya, Aceh pada Februari tahun lalu, malah ia melumpuhka­n sepenuhnya ekonomi bandar Palu dan menelan jumlah nyawa amat besar.

 ??  ?? Linda membawa anaknya meminta sedekah makanan di kampung Tipo.
Linda membawa anaknya meminta sedekah makanan di kampung Tipo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia