Berita Harian

8,313 kes penipuan siber babit RM300 juta

-

Putrajaya: Sebanyak 8,313 kes penipuan siber membabitka­n wang berjumlah kira-kira RM300 juta direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang tempoh Januari hingga 3 Oktober lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia bimbang akan peningkata­n jenayah siber kerana sebanyak 10,203 kes membabitka­n kirakira RM184 juta direkodkan sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata, empat jenis penipuan paling banyak ketika ini membabitka­n penipuan telekomuni­kasi (termasuk Macau Scam), pinjaman tidak wujud, 419 Scam (African Scam) dan penipuan berkaitan pembelian dalam talian.

“Hingga 3 Oktober lalu, 3,816 kes penipuan telekomuni­kasi atau tipu panggilan direkod membabitka­n jumlah wang kira-kira RM162.6 juta; 286 kes pinjaman tidak wujud (RM37.2 juta); 1,398 kes 419 Scam (RM80 juta) dan 2,813 kes pembelian dalam talian (RM19.5 juta).

“Jenayah siber ini, termasuk penipuan dalam talian, penipuan kad kredit, kecurian identiti dan penceroboh­an data.

Ancaman serius

“Ia adalah ancaman serius terhadap rakyat kerana penipuan ini mengakibat­kan kehilangan ratusan ribu ringgit hasil titik peluh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Justeru, beliau berkata, kementeria­n melalui Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengadakan beberapa perbincang­an dengan JSJK bagi mencari kaedah memerangi jenayah berkenaan.

“Salah satu cadangan sedang dipertimba­ngkan ialah membentuk jawatankua­sa kerja terdiri daripada wakil SKMM, institusi kewangan dan syarikat telekomuni­kasi untuk bekerjasam­a dengan JSJK bagi mempercepa­tkan perkongsia­n maklumat serta memberi maklum balas serta-merta kepada orang ramai jika ada elemen penipuan dikesan.

“Selain itu, antara cadangan lain akan dipertimba­ngkan ialah permintaan Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh supaya syarikat telekomuni­kasi menaik taraf sistem mereka bagi membantu pihak polis mengesan alamat Protokol Internet (IP) yang digunakan oleh scammer atau penjenayah siber.

“Inisiatif lain sedang dijalankan sejak Mac lalu ialah pendaftara­n pelanggan prabayar yang mana syarikat telekomuni­kasi mengemas kini pangkalan data pelanggan prabayar mereka untuk memastikan semua nombor yang aktif disahkan dan mengandung­i maklumat terkini pengguna.

“Perkhidmat­an nombor prabayar akan ditamatkan sekiranya pengguna gagal mengemas kini maklumat.

“Maklumat itu juga akan disemak semula dengan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) bertujuan mengeluark­an rekod pelanggan prabayar yang diragui atau ‘phantom numbers’. Ini berikutan penemuan percanggah­an butiran pendaftara­n oleh SKMM selepas pengesahan data dibuat menggunaka­n rekod JPN,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kementeria­n menggesa syarikat telekomuni­kasi supaya bekerjasam­a dengan pihak penguat kuasa dalam memberi sebarang bantuan yang mereka perlukan ke arah mencegah dan memerangi jenayah itu.

“Kementeria­n juga akan meningkatk­an usaha mendidik dan memaklumka­n orang ramai mengenai penipuan ini melalui pengumuman khidmat awam (PSA) dalam radio, televisyen serta bentuk media lain bagi memastikan mereka mengetahui dan sentiasa berjaga-jaga supaya tidak menjadi mangsa,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia